Hiburan
“Memang Benar Sekarang Ini Populariti Dia Mendahului Saya…” - Shuib Tak Halang Watie Hanifiah Jana Pendapatan Lebih Tapi Ada ‘Limit’
Populariti melebihi suami, pelakon dan usahawan Shuib berkata dia tidak kisah isterinya iaitu Watie Hanifiah kini lebih popular dan dikenali ramai daripadanya.
Tak Pernah Halang Isteri
Melihat dari sudut positif, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad berkata, dia tidak pernah menghalang isterinya untuk menjana pendapatan lebih.
"Saya rasa itu satu perkara yang bagus, memang benar sekarang ini populariti dia mendahului saya. Bagus juga untuk pendapatan keluarga kami.
"Saya tidak pernah halang untuk dia bekerja dan dia juga seronok. Tak pernah saya nak halang dia cari pendapatan lebih.
ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Video Samakan Uwais Dengan Orang Asli, Watie Hanifiah Mohon Maaf - “Sejujurnya Langsung Tak Ada Niat…”
ARTIKEL BERKAITAN: “Satu Budaya Yang Teruk!” - Shuib Harap ‘Cyberbully’ Dihentikan, Dedah Arwah Siti Sarah Juga Pernah Jadi Mangsa
"Dia ada beritahu saya, rezeki selepas berkahwin bertambah banyak. Dia dapat bantu banyak perkara kepada keluarganya sendiri,” katanya kepada Gempak.
Shuib berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Dol's Podcast yang berlangsung di The Curve, Damansara, baru-baru ini.
Letak Limitasi
Memuji sikap isterinya yang tak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga, Shuib bagaimana memberitahu dia ada meletakkan limitasi kepada Watie.
"Cuma saya pesan, ada perkara yang boleh dan tidak boleh dibuat. Ada limitasi yang saya cakap padanya. Saya syukur dia boleh seimbangkan keluarga dan urusan lain.
"Masa dengan anak-anak dan keluarga juga dia tidak abaikan. Komitmen kerja seperti review juga dia jalankan dengan baik,” ujarnya.
Sementara itu, ketika disoal mengenai tawaran berlakon, Shuib berkata dia terpaksa menolak disebabkan ada beberapa kekangan.
"Ada yang panggil untuk bagi tawaran, tetapi ada kekangan masa yang menyebabkan saya tidak boleh nak buat. Jadi lebih baik saya fokus dengan perniagaan. Tawaran itu tidaklah besar mana, jadi saya perlu fikir mana yang perlu diutamakan dulu.
"Saya masih berminat dan terfikir untuk muncul di kaca TV, cuma seperti saya cakap melihat kepada masa yang sesuai. Jika tanya saya tentang penerimaan orang sama ada masih relevan atau tidak, jawapan itu ada pada peminat.
"Saya masih kisah fasal industri, kerana saya tidak boleh lari dari dunia industri. Saya suka menonton sketsa, komedi, dunia radio, podcast dan sebagainya. Itu semua berkait dengan industri,” katanya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Shuk Sahar Dedah Shuib Bagi Pinjam Wang Sehingga RM10,000, Nabil Ahmad & Ebby Yus Pula Terus ‘Bank In’ - “Ada Yang Sampai Bini Suruh Block”
ARTIKEL BERKAITAN: Video ‘Throwback’ Momen Shuib Bersama Siti Sarah Di Mekah Buat Netizen Rindu – “Sampai Hari Ini Tengok Balik Arwah, Air Mata Laju Saja”
Must-Watch Video