Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan bantuan Program eBelia bakal disalurkan bermula 1 Jun ini.

Tujuan utama program ini adalah untuk meringankan beban kewangan mereka dan menggalakkan perbelanjaan tanpa tunai.⠀

Tapi bagaimana ia berfungsi dan siapakah belia yang benar-benar layak?

Ini antara perkara yang anda perlu tahu:

#1 Program eBelia, iaitu sebuah inisiatif di bawah #Belanjawan2021, dengan peruntukan RM300 juta untuk 2 juta belia warganegara Malaysia yang layak akan dibuka bermula 1 jun 2021. ⠀

#2 Sebelum ini, RM200 juta telah diperuntukkan di bawah Belanjawan 2021 untuk menyalurkan RM100 kredit e-tunai kepada belia yang layak.

#3 Menerusi #PEMERKASA, Kerajaan telah menambah baik program ini dengan meningkatkan peruntukan kepada RM300 juta.

#4 Setiap belia/pelajar IPT yang layak akan mendapat RM150 e-kredit dari penyedia perkhidmatan e-tunai yang juga akan menawarkan insentif tambahan berdasarkan kempen masing-masing. ⠀

#5 Hanya belia berumur 18 hingga 20 tahun dan penuntut IPT sepenuh masa sahaja boleh menebusnya.

#6 Setiap belia yang layak, anda boleh menebusnya bermula 1 Jun hingga 22 Julai 2021 dimana caranya sama seperti sebelum ini, iaitu menggunakan aplikasi eWallet.

#7 Aplikasi yang boleh dipilih termasuklah BigPay, Boost, Shopee atau Touch ‘n Go eWallet.

Apapun inisiatif ini dilihat bukan hanya mengurangkan beban belia dan pelajar, malah turut mendidik masyarakat menggunakan pembayaran tanpa tunai!