Jika anda masih ingat pembentangan belanjawan 2021 lalu, kerajaan telah pun mengumumkan Program Jaringan Prihatin B40.

Melalui pakej ini, kerajaan menyediakan bantuan RM300 bagi pembelian peranti baru dan RM180 untuk melanggan pelan data bulanan dari syarikat telekomunikasi.

Program Jaringan Prihatin dijangka memberi manfaat kepada 8.5 juta rakyat daripada kumpulan B40 untuk memiliki peranti telefon pintar atau menikmati bantuan pelan jalur lebar internet.

Siapa kah yang layak?

Jangan salah faham, bantuan ini bukan diberi kepada semua rakyat, sebaliknya untuk golongan B40 yang menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Jika anda tidak menerima BPR, maka anda tidak layak menebus bantuan ini,

Secara khususnya, terdapat 2 kategori yang layak anak menerima bantuan berikut:

Jika mempunuai anak bawah 18 tahun :Bantuan RM300 untuk Pakej peranti ATAU RM180 pelan data untuk setahun⠀⠀

Tiada anak : Bantuan RM180 untuk Pakej peranti ATAU RM180 pelan data untuk setahun.

Namun, sebelum anda mula mendaftar atau memilih jenis bantuan sesuai, anda dinasihatkan supaya membuat pemantaua terlebih dahulu.

Lihat di media sosial, apakah rungutan pengguna mengenai tawaran telco sedia ada.

Ada yang mendakwa mereka tersalah langkah kerana ada telco yang menawarkan telefon pintar yang spesifikasinya lebih tinggi.

Ada juga yang tersalah daftar dan hanya menerima tebusan rebat bil dan bukannya telefon pintar.

Oleh itu, rajin-rajinkan bertanya dan membuat kajian atau semakan terlebih dahulu.

Jika anda benar-benar layak dan menerima BPR, tidak perlu terburu-buru.

Apapun, bagi pendapat penulis, sama ada mendapat rebat mahupun telefon pintar kedua-duanya cukup berbaloi.

Terpulang pada keperluan pengguna itu sendiri. Ada yang mahu telefon pintar untuk kegunaan anak-anak atau perniagaan.

Tidak kurang juga yang memilih rebat untuk kurangkan tanggungan bulanan.

Jadilah pengguna bijak!