Pelakon Datin Eina Azman mengucapkan rasa syukur selepas suaminya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah dibenarkan pulang ke rumah selepas 12 hari dirawat di hospital akibat Covid-19.

Menerusi hantaran terbarunya di laman sosial Instagram (IG), Eina berkata suaminya sebelum ini berada pada tahap keempat Covid-19 dengan 30% paru-paru sudah dijangkiti.

Tahap oksigen juga tidak menentu menyebabkan dirinya resah dan bimbang sekiranya suami dimasukkan ke dalam wad unit rawatan rapi (ICU).

“Syukur Alhamdullilah selepas 12 hari yang cukup mendebarkan buat diri saya dan keluarga bila memikir kan keadaan suami saya yang kena Covid-19 Stage 4 dan paru2 pun dah merebak 30%.

“Dengan oxygen yang turun naik dan doktor pun ada caakp kalau dalam masa 2-3 hari oxygen tak ok suami kena masuk ICU.

Kalau boleh saya mmg tak nak suami saya masuk ke ICU. Ya Allah saya tak tahu nak cakap macam mana perasaan ketika itu…Hanya Allah saja yang tau perasaan saya yang tak senang duduk,” katanya.

Tambah Eina, dalam tempoh tersebut dia memikirkan pelbagai cara dan ikhtiar agar suaminya kembali sembuh.

Eina turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan dirinya dan suami termasuk yang melakukan bacaan Yassin dan solat hajat.

“Sepanjang tempoh itu, saya resah memikirkan apa patut saya buat. Dan saya dah cuba ikhtiar macam-macam cara untuk cuba sembuhkan suami saya.

“Di sini saya ingin ucap kan terima kasih banyak-banyak kepada keluarga, kawan-kawan dan semua followers saya yang tak henti-henti mendoakan.

“Beri saya macam-macam barang dan bagi saya macam-macam barang dan tips untuk cuba sembuhkan suami saya. Saya tak mampu nak balas semua Whatsapp dan DM.

“Saya hanya mampu ucapkan terima kasih sekali lagi atas segala doa yang baik untuk diri saya suami, dan bibik-bibik.

“Dan sekarang ini suami saya pulang ke rumah mungkin juga dari doa-doa u all yang Allah makbulkan. Syukur Alhamdullilah aminnnn aminnnn aminnnn,” katanya.

Pada 31 Ogos lalu Eina menerusi IG memaklumkan dia, suami dan dua pembantu rumah disahkan positif Covid-19.