“Sememangnya Khilaf Saya” - Neelofa Mohon Maaf Panggil Anak Elisya Sandha ‘Boy’
Shahrin Zulkifle
21/08/2022 07:00 MYT
21/08/2022 07:00 MYT
Selebriti popular, Neelofa mengakui silapnya kerana memanggil anak perempuan pelakon, Elisya Sandha, dengan gelaran boy, baru-baru ini.
Memetik laporan Utusan, Neelofa atau nama asalnya Noor Neelofa Mohd Noor, 33, menjelaskan hal itu bukan sesuatu yang disengajakan olehnya.
Sebaliknya, kata Neelofa, ia berlaku disebabkan kesilapannya sendiri apabila tidak fokus ketika menaip di ruangan komen, meskipun mengetahui pelakon itu baru dikurniakan cahaya mata perempuan.
“Sememangnya itu khilaf saya, jujur ia kesilapan saya. Ketika melihat gambar di akaun Instagram Elisya, saya tahu anak dia perempuan. Tetapi, entah kenapa, mungkin saya tidak fokus ketika menaip komen sehingga tersilap menyebut boy.
“Maaflah, kadang-kadang memang nak terjadi kesalahan. Saya sudah jelaskan pada Elisya yang saya tersilap taip.
“Niat saya baik, cuma mahu komen yang baik pada Elisya dan anaknya, itu sahaja,” katanya.
Neelofa ditemui ketika majlis pelancaran kutipan dana di aplikasi TheNoor dan platform ECF, Ethis di MranTi, Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, pada Sabtu.
Terdahulu, Gempak melaporkan Neelofa telah meninggalkan komen berbunyi "Cheeky Boy" pada foto anak Elisya yang dikongsinya pada laman Instragram sehingga menimbulkan reaksi kurang senang pengikut Elisya.
Untuk Info, Elisya telah memilih Uzair Haqimy yang juga merupakan anak sulung kepada penerbit hebat Sheila Rusly sebagai pasangan hidup dan mereka selamat bergelar suami isteri pada Ogos tahun lalu. Hasil perkahwinan Elisya dan Haqimy telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan diberi nama Bunga Elhaq yang kini memasuki usia tiga bulan.
Sumber: Utusan