Laman Utama
“Kau Dah Kenapa?” – Komen Neelofa Ditegur Netizen Panggil Anak Elisya Sanda ‘Boy’
Sejak melahirkan cahaya mata pertama, pelakon Elisya Sanda gemar berkongsi foto dan video wajah comel anaknya, Bunga Elhaq di laman sosial miliknya buat tatapan umum.
Terbaharu, menerusi hantaran video yang dimuat naik Elisya di Instagram, ramai wargamaya yang meninggalkan komen di ruangan balas memuji wajah comel bayi itu termasuk selebriti popular, Neelofa, 33.
Begitupun, komen selebriti Neelofa pada ruangan komen yang berbunyi: “Cheeky Boy Masya-Allah” telah menimbulkan salah faham pengikut Elisya.
Rata-rata wargamaya yang melihat komen tersebut menegur Neelofa dengan memaklumkan bahawa Bunga sebenarnya berjantina perempuan dan bukannya lelaki.
“Kau dah kenapa Neelofa? Anak orang itu (Elisya) perempuan.
“Neelofa, bayi Elisya perempuan lah.
“Ini bayi perempuan bukan lelaki.
“Baby girl la Neelofa, aduhai,” antara balas wargamaya pada komen yang ditinggalkan Neelofa.
Bagaimanapun, ada segelintir wargamaya yang berpendapat Neelofa ‘tertypo’ (tersasul) dalam penulisannya.
Sementara itu, wargamaya turut mengusik Neelofa dengan bertanyakan bila wajah anaknya, Muhammad Bilal akan didedahkan kepada umum.
Untuk info, Elisya telah memilih Uzair Haqimy yang juga merupakan anak sulung kepada pelakon Sheila Rusly sebagai pasangan hidup dan mereka selamat bergelar suami isteri pada Ogos tahun lalu.
Must-Watch Video