Hiburan

"Semoga Allah Balas Jasa Awak" - Ucapan Manis Elfira Loy Buat Suami

gempak
Asraf Aided
10/10/2019
11:48 MYT
Sponsor Banner
"Semoga Allah Balas Jasa Awak" - Ucapan Manis Elfira Loy Buat Suami
Pelakon Elfira Loy mengucapkan terima kasih kepada suaminya, Khairol Faris Anuar kerana banyak melayan kerenah dan membahagiakannya.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Menurut Elfira, suaminya itu banyak membuatkan dirinya berasa lebih baik dan gembira.
"Kepada cinta hati saya, terima kasih untuk segalanya, semua yang awak buat adalah untuk buat saya berasa lebih baik, gembira, relaks dan menakjubkan.
"Kalau ada yang saya mengidam pelik-pelik tu, kalau ada yang menyusahkan awak saya minta maaf okay.
"Semoga Allah balas jasa awak, dimurahkan rezeki dan diberkati olehNya," tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon positif dan memuji pasangan ini kelihatan 'sweet' bersama.
Elfira dan suami Muhamad Khairol Faris Anuar mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Rayan Khalaf pada 1 Oktober lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live