Hiburan
"Semoga Allah Memberi Hidayah, Buka Mata Hargai Isteri. Jangan Caption Je Lebih" - Nasihat Netizen Bila Aliff Aziz Buka Kembali Ruangan Komen
Pelakon dan penyanyi yang berasal daripada Singapura, Aliff Aziz kini kembali membuka ruang komennya di Instagram selepas hampir dua bulan menutupnya.
Entri terbaru Aliff dikongsi selepas kali terakhir pada 9 April lalu dengan yang terbaru ini membolehkan netizen meninggalkan komen.
"Sometimes the people with the worst past, create the best future - Umar Ibn Al-Khattab (RA)," tulis Aliff pada entri bergambar tersebut.
Rata-rata yang meninggalkan komen mendapat reaksi positif daripada Aliff sendiri apabila dia menjawab komen yang ditinggalkan netizen termasuklah berkenaan dengan isterinya Bella Astilla.
Kredit Gambar: Instagram
Must-Watch Video