HIBURAN
Aslam Sedar Tanggungjawab Poligami, Cuba Berlaku Adil Buat Isteri-Isteri - "Mereka Tak Kongsi Tempat Tinggal, Nafkah"
Menantu kepada pelakon Abby Abadi, Aslam akui kekhilafannya yang memilih jalan untuk berkahwin secara senyap dan berpoligami dengan mengahwini Marissa Dania akhir tahun 2023.
BERITA TRENDING: Abby Abadi Bidas Komen Netizen Suruh Minta Maaf Dengan Umisya - “Aslam Tu Apa? Kayu Ke? Kenapa Awak Tak…”
BERITA TRENDING: "Nampak Bahagia, Tapi..." – Netizen Luah Rasa Sebak Lihat Repost Umisya Mazlan Di TikTok
Jelas Aslam, pilihan itu dibuat kerana keadaan yang menuntutnya dan sudah bersedia dengan implikasi akibat tindakannya."Ya, saya memilih untuk berpoligami. Dan ya, saya berkahwin secara senyap, bukan kerana suka-suka, tetapi kerana keadaan yang memerlukan begitu. Saya tahu risiko dan beban yang datang bersamanya.
"Tapi saya juga tahu lebih baik saya bertanggungjawab daripada terus bermain dengan perasaan dan masa depan orang lain.
"Demi menjaga maruah dan niat baik keluarga, saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kedua-dua isteri saya. Mereka tidak berkongsi tempat tinggal, tidak berkongsi nafkah.
"Masing-masing saya jaga mengikut kemampuan dan keperluan mereka. Saya bukan sempurna, tapi saya berusaha berlaku adil," tulisnya di Thread..jpg)
BERITA TRENDING: “Lelaki Handsome Selalu Setia” - Netizen Terhibur Umisya Mazlan Perli Aslam?
.jpg)
Menghormati setiap pandangan tentang isu poligami, Aslam memohon orang ramai agar tidak lagi menyerangnya secara peribadi sebaliknya fokus untuk memperbaiki hubungan sesama ahli keluarga sendiri.
"Saya hormat semua pandangan, termasuk yang menentang poligami. Tapi apabila sindiran, tohmahan dan ‘POSTING’ terbuka dijadikan medium untuk menyindir kami sekeluarga itu bukan lagi pandangan, itu serangan peribadi.
"Saya harap sesiapa yang menyindir itu lebih fokus kepada memperbaiki hubungan keluarga sendiri daripada membuka aib dan mencari simpati awam.
"Kita semua ada kekurangan, dan saya yakin sebagai ibubapa atau orang yang lebih tua, jalan paling mulia ialah menasihati secara tertutup, bukan menjaja cerita hingga menimbulkan fitnah.
"Saya bukan minta difahami, cukup sekadar dihormati. Kerana yang menilai akhirnya bukan manusia, tapi Tuhan. Wallahua’lam," tutup bicaranya.
Terdahulu, Abby mempersoalkan tindakan segelintir pihak yang menuntutnya membuat memohon maaf kepada isteri pertama Aslam atau madu Marissa iaitu Umisya Mazlan.
Abby sebaliknya meminta Aslam untuk datang memohon maaf kepadanya. Marissa bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.
Must-Watch Video