Pelakon Fauzi Nawawi dan isteri, Lisdawati telah menyambut ulangtahun perkahwinan ke-11 pada tahun ini.

Menerusi entri di Instagram (IG), Fauzi telah memuat naik foto bersama isterinya berserta ucapan ulang tahun perkahwinan mereka semalam.

"Happy 11th Aniversary to me and Lisdawati.09.09.2007 tarikh keramat yang menyatukan kami.

"Semoga Allah teruskan kekalkan kami begini selamanya. Aminnn," tulisnya.

HAPPY 11th ANNIVERSARY TO ME AND @lisdawati15 09.09.2007 tarikh keramat yg menyatukan kami semoga Allah teruskan kekalkan kami begini selamanya ? aminnn #syukuralhamdulillah

A post shared by FauziNawawi2016 (@fauzinawawi_new) on


Menerusi ruangan komen rata-rata peminat turut menyampaikan ucapan ulang tahun perkahwinan serta mendoakan kebahagiaan Fauzi dan Lisdawati.

"@syantieeahmad: Happy Anniversary fauzi dan Lisdawati. Semoga kekal hingga ke jannah. Aamiin."

"@yanie.pelangi_shoppe: Selamat Ulang Tahun Perkahwinan kak @lisdawati15 dan abg @fauzinawawi_new. Moga kehidupan sekeluarga ini sentiasa dipenuhi kasih sayang, kegembiraan dan harmoni."

"@fazreenwahab: Semoga Allah merahmati hubungan ini buat selamanya. Happy anniversary Lisdawati dan Fauzi. Cepat betul masa berlalu."


Lisda dan Fauzi mendirikan rumah tangga pada 9 September 2007 dan dikurniakan empat orang cahaya mata, Nor Aini Farhana, Nor Aina Fazneesya, Muhammad Fazreez Hazwan dan Ahmad Nur Fayyadh.