Pelakon, Nazrief Nazri memberikan ucapan istimewa kepada isteri tercinta iaitu Aizatul Aqma Hamdan sempena dengan ulang tahun kelahirannya.

Dalam coretan di akau Instagram miliknya itu, Nazrief mengucapkan terima kasih dan menghargai pengorbanan isterinya.

“Selamat hari jadi love of my life. Terima kasih sebab ada waktu susah dan senang. Awak adalah ibu terbaik buat Noah.

“Semoga taman syurga kita bebas dari babi yang menyondol dan serangga perosak. Amin,” tulisnya.

A post shared by NAZRIEF NAZRI (@nazrief_nazri)

Rata-rata pengikut akaun Instagram Nazrief terhibur melihat kapsyen tersebut termasuklah rakan selebriti, Puteri Sarah Liyana.

“Apa kapsyen kau,” tulisnya dengan meninggalkan emoji ketawa.

Bagaimanapun Nazrief kemudiannya membas komen Puteri Sarah dengan nada bergurau seolah-olaj mengambil iktibar dengan apa yang berlaku.

“@puterisarahliyana ambil iktibar sis,”. tulisnya beserta emoji.

Terdahulu, Nazrief dan Aizatul selamat berkahwin pada November 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Noah yang kini berusia dua tahun.

Dalam perkembangan lain, Nazrief kini muncul dengan naskhah baru dalam drama Astro Originals berjudul Liar.

Saksi drama premium, Liar, setiap Sabtu, bermula jam 12 tengah malam di platform On Demand atau Astro Go.

Manakala bermula 3 April 2023, setiap Isnin, jam 9.00mlm di Astro Ria.