Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Semoga Beranak Semudah Bersin Hari-Hari”– Syatilla Melvin

Mya Amri
09/04/2019 05:03 MYT
Pelakon dan isteri aktor Shaheizy Sam, Syatilla Melvin akui tidak sabar untuk menimang cahaya mata keduanya.

Syatilla atau lebih mesra dengan panggilan Tilla berkata dia kini sedang menunggu hari untuk bersalin.

“Ya Allah bulan ni Insha Allah anak kami dua orang dah. Agaknya kalau 10 tahun lepaih menikah, anak mesti dah meremut. Doakan semoga Tilla beranak semudah bersin hari-hari” tulisnya.

Entri yang dimuat naik menerusi akaun Instagramnya itu juga disertakan foto yang merakamkan dirinya memegang ‘baby bump’ sambil tersenyum.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya berasa teruja menantikan kelahiran adik kepada Syeriv selain terhibur dengan kapsyen lucu yang ditulis oleh Tilla.

Ya allah bulan ni insyaallah anak kami 2org dah???agaknya kalau 10tahun lepaih menikah,anak mesti dah meremut??doakan semoga tilla beranak semudah bersin hari2♥️

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla) on


“Kalaulah beranak semudah bersin… Kikikikiiiii tak payah pergi hospital...haha. Semoga dipermudahkan urusan dan selamat melahirkan,” tulis @mrs_roslin

“Meremut noh... Ang ingat kuar tu anak-anak semut ka wei. Semoga selamat melahirkan baby kedua. D doakan semoga ibu dan baby selamat dan sihat, dah kuar baby uplod pic lekaih-lekaih kami nak tengok hat meremut tu,” usik @nurlisz

Shaheizy dan Syatilla berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Syeriv Samheizy pada 9 Mei 2017.

Foto: Instagram @samtilla
#pelakon #Shaheizy Sam #Syatilla Melvin #Pelakon
;