Tindakan seorang pemuda yang tidak semena-mena memasuki ruangan akad nikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan berkaki ayam mengejutkan kakitangan badan berkuasa berkenaan.

Menerusi laman sosial Twitter rasmi JAWI, mereka berkongsi sekeping foto pemuda berkenaan yang dilihat duduk di pelamin yang disediakan untuk pasangan selepas bernikah sambil berzikir dan mengaji dengan kuat.

Menurut JAWI, difahamkan pemuda tersebut mengalami tekanan perasaan akibat putus cinta.

Tanpa berlaku sebarang kacau-bilau, ia dapat ditangani dengan baik pihak keselamatan JAWI.

Malah pihak JAWI turut mendoakan agar pemuda tersebut diberikan kesembuhan dan jalan keluar dalam menghadapi ujian berat di dalam hidupnya.

Sementara itu di ruangan balas, rata-rata wargamaya bersimpati dengan nasib yang menimpa pemuda tersebut.

Ramai juga yang turut memberikan nasihat dan kata-kata sokongan untuk pemuda tersebut yang berdepan tekanan perasaan akibat gagal ke gerbang perkahwinan.

Allah… Semoga Allah kurniakan kekuatan dan semangat kepada beliau,” komen seorang wargamaya.

Semoga diberi kekuatan untuk anak ini dalam kehidupan nya dan semua yang lain yang sedang mengatasinya. Depression is not a joke, support each others. Saya doakan yang terbaik buat mu wahai anak,” sokong seorang wargamaya.

Jikalau ada masalah, berwudhu Dan solatlah. Hanya kepada Allah tempat meminta, bahkan cinta sekalipun. Too sad,” luah seorang wargamaya.

Wow.... alhamdulillah. Dengan tekanan perasaan yang dialami, beliau amik langkah untuk zikir dan baca Quran. Semoga dipermudahkan urusan bro insyaAllah,” sokong seorang wargamaya.

Semoga dia terus kuat dan urusan dia dipermudahkan. Bila cerita ni masuk fb, semua bagi emoji gelak. Semoga dia kuat untuk jalani kehidupan seharian dia. Memang perit,” kata seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian daripada JAWI itu telah mendapat hampir 3,000 ulang ciap dan 4,000 tanda suka daripada warga Twitter.