Hiburan

"Semoga Dijauhi Dari Sebarang Penyakit Berjangkit" - Anak Black Hanifah Masuk Hospital

gempak
Zulaikha Yusof
29/07/2019
02:00 MYT
Sponsor Banner
"Semoga Dijauhi Dari Sebarang Penyakit Berjangkit" - Anak Black Hanifah Masuk Hospital
Penyanyi Black Hanifah mendedahkan anak sulungnya, Khaleef Dayyan dimasukkan ke hospital sejak dua hari lalu akibat Influenza B.
Menerusi entri di Instagram (IG), Black berkongsi foto Dayyan ketika sedang berada di hospital dan menerima rawatan susulan akibat masalah kesihatan yang dialaminya itu.
Black turut berpesan kepada semua pihak supaya lebih berhati-hati dalam menjaga pergaulan anak-anak.
"Influenza B.. Sihat cepat ye dayyan. Kepada anda di luar sana hati-hati jaga pergaulan anak-anak kecil ye.
"Semoga dijauhi dari sebarang penyakit berjangkit," tulisnya.
Rata-rata rakan artis dan peminat Black mendoakan agar Dayyan kembali sembuh seperti biasa.
Black dan isteri, Naquia Yasirah Mohd Khairy atau Cira telah mendirikan rumah tangga pada 13 September 2013.
Pasangan ini dianugerahkan dua orang cahaya mata, Khaleef Dayyan dan Rindu Dayyana.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live