Hiburan
“Semoga Jumpa Suami Yang Sempurna” - Soal Jodoh, Neelofa Titip Doa Buat Ameera Khan
Pelakon dan pengacara Noor Neelofa mendoakan semoga adiknya, Ameera Khan menemui jodoh yang baik.
Semoga dipertemukan jodoh yang baik
Ucapan istimewa itu dititipkan Neelofa kepada adik kesayangannya sempena ulang tahun kelahiran Ameera yang ke-24.
“Ameera, saya sangat bangga dengan awak dan awak jadi seorang wanita yang hebat.
“Doa saya untuk awak adalah semoga menjumpai suami yang sempurna yang akan membantu memperlihatkan sisi terbaik diri awak,” tulisnya menerusi hantaran di Insta Story.
Pada hantaran sama, Neelofa turut mendoakan bisnes yang diusahakan Ameera terus berkembang maju.
“Teruskan mengejar impian ‘LMK’ dan ‘Ellemkay’ yang besar itu. Saya tahu awak akan merealisasikan dan ubah menjadi realiti yang indah.
“Tak sabar untuk melihatkan segala kejayaan itu berlaku. Teruskan mengapai kejayaan awak. Love you sangat sayang,” coretnya.