Hiburan

“Jangan Cepat Menilai Orang, Dia Lelaki Yang Baik” - Ameera Khan Harap Netizen Henti Kecam Jefri Nichol

gempak
Mya Amri
21/11/2024
23:49 MYT
Sponsor Banner
“Jangan Cepat Menilai Orang, Dia Lelaki Yang Baik” - Ameera Khan Harap Netizen Henti Kecam Jefri Nichol
Personaliti media sosial, Ameera Khan meminta netizen berhenti melemparkan kata-kata negatif terhadap pelakon Indonesia, Jefri Nichol.

Lelaki yang baik

Menurut Ameera, dia sudah lama mengenali Jefri dan menyifatkan aktor itu sebagai seorang lelaki yang baik.

“Janganlah jahat sangat korang tu, maksud saya ya itu pendapat anda tetapi saya tak tahulah… Jangan menilai orang dengan begitu cepat.

“Sebab jika orang menilai saya seperti itu juga saya akan berasa sedih. Kesian dekat dia sebab dia baik sangat. Saya dah lama kenal dan berkawan. Tolong jangan jadi kejam.

“Kalau sesiapa yang pernah jumpa dia, mereka akan tahu dia lelaki yang penyayang dan sangat-sangat baik. Kita nak yang terbaik untuk dia, jadi jangan menilai,” ujarnya.
Ameera berkata demikian menerusi sesi siaran langsung di Instagram baru-baru ini.

Jangan cepat menilai orang

Dalam pada itu, Ameera yang juga merupakan adik kepada pelakon, Noor Neelofa ini juga berpendapat sebagai manusia, tidak perlu untuk menilai kehidupan orang lain kerana setiap daripada kita melalui kisah dan perjalanan hidup yang berbeza-beza.

“Tolong jangan jadi terlalu kejam sebab bila kita tengok orang tu di media sosial, kita menilai tetapi sebaliknya dia berbeza dengan apa yang orang nampak di media sosial.

“Semua orang ada perjalanan masing-masing. Mungkin pengakhiran orang itu akan lebih baik daripada kita, benda tu kita tak tahu.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang bimbangkan saya tapi tak bermakna korang kena rendahkan orang lain,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Muatnaik Status Tentang ‘Beautiful Woman’, Hantaran Jefri Nichol Curi Perhatian Netizen - “Ameera Khan Kan?”

ARTIKEL BERKAITAN:Mesra Berpegangan Tangan Dengan Jefri Nichol, Ameera Khan Temui Cinta Di Jakarta?

ARTIKEL BERKAITAN:Kembali Ke Jakarta, Ameera Khan Kongsi Momen Makan-Makan Bersama Jefri Nichol - “So Happy To Be Back!”

ARTIKEL BERKAITAN:Jefri Nichol Dedah Bahagian Tubuh Wanita Yang Buat Dirinya Turn On, Okay Tiduri Kekasih Sebelum Kahwin

ARTIKEL BERKAITAN:Jefri Nichol Mengaku Tiduri 20 Wanita, Netizen: “Itu Prestasi? Subhanallah…”

Terdahulu, netizen mendakwa Jefri merupakan seorang lelaki ‘red flag'.
Malah Jefri juga teruk dikecam netizen selepas mendedahkan pernah meniduri lebih 20 orang wanita selain berlaku curang dengan pasangannya.
Ameera dan Jefri didakwa pernah menyulam cinta namun hubungan percintaan mereka dikhabarkan terputus di tengah jalan sekitar Oktober 2021 setelah Ameera tidak lagi mengikuti Jefri di laman IG.
Namun pada penghujung Mac tahun lalu, pasangan ini kembali menjadi perhatian apabila Ameera menerima panggilan video dari Jefri ketika berada di dalam kereta sekali gus menguatkan lagi dakwaan cinta mereka kembali bertaut.
Imbas kembali, tular satu rakaman video sesi siaran langsung Ameera memaklumkan dirinya lebih tertarik dengan lelaki Indonesia kerana menganggap mereka lebih romantik dan lemah lembut apabila berbicara dengan wanita.
Lebih mencuri perhatian apabila Jefri difahamkan turut menonton dan meninggalkan komen sewaktu sesi siaran langsung tersebut berlangsung.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024