Hiburan

“Semoga Peniaga Lain Tak Dapat Customer Macam Dia” - Hutang Makan RM36, Instafamous Aisar Khaled Terima Kecaman Netizen

gempak
Azwa Rahman
15/06/2020
04:05 MYT
Sponsor Banner
“Semoga Peniaga Lain Tak Dapat Customer Macam Dia” - Hutang Makan RM36, Instafamous Aisar Khaled Terima Kecaman Netizen
Seorang personaliti media sosial Aisar Khaled mencuri perhatian wargamaya apabila didakwa tidak membayar makanan yang dipesan secara atas talian.
Menerusi lamab sosial Twitter, seorang pengguna berkongsi perbualan mesej di antara Aisar dan sebuah cafe yang dikenali sebagai The Rack.
“Aisar khaled cancel guys. Dah la makan tak bayar. Buat review pun tak. Haish instafemes jaman now,” tulis pengguna tersebut menerusi satu kicauan.
Menerusi perkongsian tersebut, difahamkan Aisar membeli makanan daripada cafe tersebut dan tidak membayar makanannya berjumlah RM36 meskipun cuba dihubungi berkali-kali selama seminggu.
Malah, nombor telefonnya juga terdedah menerusi perkongsian perbualan mesej dan membuatkan wargamaya menghubungi Aisar memohonnya untuk membuat pembayaran.
Namun menerusi kemas kini terbaru pengguna tersebut, Aisar telah membuat pembayaran sebentar tadi setelah namanya tular. “Update terbaru dari bos. Dia dah bayar. Btw saya dah delete tweet malam tadi punya. Sekian,” tulis pengguna itu lagi.
Hasil tinjauan Gempak di Twitter, rata-rata wargamaya kecewa dengan sikap ‘Instafamous’ yang tidak berlaku jujur.
“Euw malunya apeni makanan pun tak boleh nak bayar ish,” tulis seorang wargamaya.
“Aku takde lah kaya tapi makanan orang tak kasi free aku bayar kot. Ni dah lah dah amik makan RM36 je pun tak bayar,” kata seorang wargamaya.
“Saya doakan sesiapa yang buat bisnes tak dapat customer macam aisar khaled amin,” doa seorang wargamaya
“Attitude kelaut. Case dah settle but still nak salahkan orang lain lagi. Hutang adalah hutang tak kira besar ke kecil. Kalau dah jumlah kecil pun kau liat nak bayar buat macam takde apa. Bayangkan la kalau jumlah besar macam tu LOL,” tegur seorang wargamaya.
“Dia ingat RM36 tu 36 sen gamaknya, hutang tetap hutanglah, bayar!” komen seorang wargamaya lagi.
Setakat ini akaun Instagram Aisar Khaled telah berjaya mengumpul hampir 345,000 pengikut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024