Pelakon jelita Ummi Nazeera membuat pengumuman di Instagram miliknya bahawa dia kini sedang berbadan dua.

"Assalamualaikum. Alhamdulillah Ummi nak share di sini. Ummi telah dianugerahkan rezeki untuk mengandung kali kedua dengan Izin Allah SWT.

"Ummi minta tolong semua untuk doakan kesihatan baby yang kini hampir 4 bulan dan juga ummi kedua-duanya sihat walafiat. Semoga perjalanan kami dipermudahkan. Ameen," tulis Ummi.

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera)


Ummi yang berkahwin dengan Dr Mohd Izzar Anwari pada 23 Julai 2017 dikurniakan seorang cahaya mata sulung mereka, Ayra Aneesah yang dilahirkan pada tahun 2018.