Perlukan bantuan Don Arif? Jom jumpa pada 31 Oktober ini di pawagam! ?

“Semoga Tok Ditempatkan Di Kalangan Orang Beriman” - Nenek Elisya Sandha Meninggal Dunia Pada Usia 99 Tahun

Ainun
27/10/2024 08:31 MYT
Nenek kepada pelakon, Elisya Sandha meninggal dunia pada Ahad.

Berita pemergian nenek kepada pelakon tersebut dimaklumkan oleh Elisya sendiri menerusi akaun Instagram Story miliknya.

Dalam hantaran itu, Elisya memohon netizen sedekahkan Al-Fatihah buat neneknya yang sudah menghembuskan nafas terakhir pada usia 99 tahun.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Sedekahkan Al-Fatihah untuk nenek saya Fatimah binti Abdul Rashid. Semoga Tok di tempatkan di kalangan orang beriman.

“Saya masih tidak percaya Tok meninggal dunia di usia 99 tahun. Fatimah binti Abdul Rashid. 1925-2024, 99 tahun tapi Tok masih cantik. Berehatlah dengan tenang,” katanya menerusi kapsyen Instagram Story.

Dalam perkongsian tersebut, pelakon itu sempat memuat naik sekeping gambar yang memperlihatkan tanah perkuburan neneknya.

BERITA TRENDING: Zila Bakarin Tak Pernah Menyesal Jadi Seksi - "Kalau Tahu Dari Dulu Saya Dah..."

BERITA TRENDING: Pesona 5 Pasangan Cinta Nusantara

BERITA TRENDING: ASA 2024: Astro Berjaya Raih 13 Anugerah, Teguhkan Dominasi dalam Dunia Hiburan!

BERITA TRENDING: Ariel Noah Bosan Menyanyi, 10 Bulan Habiskan Masa Di Rumah

#Nenek #Meninggal #Dunia #Elisya Sandha #Elisya
;