,
Hiburan

Zila Bakarin Tak Pernah Menyesal Jadi Seksi - "Kalau Tahu Dari Dulu Saya Dah..."

Ernalisa
27/10/2024
07:55 MYT
Pernah terkenal dengan imej seksi, Zila bagaimanapun tidak pernah menyesal dengan imej kontrovesi yang pernah dibawanya sedikit waktu dahulu.

BERITA BERKAITAN:Amboi! Cantiknya Anak Zila Bakarin – “Cantik Dan Letop Anak-Anak Sis, Macam Ibu Dia Juga…”

BERITA BERKAITAN:Dituduh Zalim Tak Benarkan Bekas Isteri Jumpa Anak, Along Cham Dedah Cerita Sebenar - “Ada Yang Tak Ikut Kes Perceraian Kami”

BERITA BERKAITAN:Kisah Penghijrahan Zila Bakarin- “Saya Takut & Rasa Tak Selamat…”

BERITA BERKAITAN: Balik Tunai Umrah Fara Mendoza Masih Bertudung, Netizen Doa Supaya Istiqamah - “Ala-Ala Zila Bakarin”

Malah dia bersyukur diberi kesempatan untuk menjadi insan yang lebih baik berbanding zaman mudanya.

"Kalaulah saya tahu nikmatnya begini, saya dah pakai tudung awal-awal dulu. Tetapi... tetapi kita tak boleh menyesal dengan apa yang pernah kita lalui waktu dahulu.

"Kerana untuk diri saya. Mungkin kalau dahulu saya bertudung, sekarang ini hati saya mungkin terdetik 'eh kan best kalau dapat colour rambut, pakai skrit pendek macam orang tu'.
"Saya pernah lalui zaman itu semua. Saya dah merasa. Jadi bagi saya syukurlah Tuhan masih beri saya peluang untuk terus baiki diri. Saya tidak sempurna. Tapi sekurangnya saya diberi kesempatan untuk itu.
"Saya gembira dengan kehidupan sekarang," katanya.
Sebelum penghijrahannya, Zila merasakan seolah-olah tidak memakai seurat benang selain diri tidak rasa tenteram.
"Kalau selak dalam almari saya dulu, satu baju pun tak da yang tertutup. Semua terdedah sana sini. Sampai satu tahap saya rasa nak keluar tak selamat," selorohnya.
Melanjutkan bicara, kata Zila seandainya tidak merasai zaman kontroversi sebelum ini, dia pasti tidak akan dijentik tentang nikmatnya berhijab.
"Kalau tak jadi Zila Bakarin yang dulu (iaitu seksi), pakaian awak sendiri pun tahulah. Terdedah sana sini.
"Tapi kalaulah saya tahu macam ini rasa bila pakai tudung, dari dulu saya pakai tudung. Saya tak pernah menyesal. Tapi saya bersyukur Tuhan jadikan saya Zila Bakarin.

"Dulu sebut je Zila Bakarin, orang mesti dah tahu Zila Bakarin punya dahsyat dalam berpakaian. Tapi sekarang Alhamdulillah saya selesa macam ni," tambahnya yang kini kerap menemani anak perempuannya, Chinta, berniaga gelang.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ikmal Amry Tak Selesa Lakon Babak Mesra Dengan Pelakon Wanita - “Salah Tetap Salah”

gempak
21/11/2024
04:55 MYT
Pelakon Ikmal Amry mengakui dirinya tidak selesa melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita.
Hollywood

Mengaku Diri Bersih, Kekasih Selena Gomez Tidak Mandi Setiap Hari

gempak
20/11/2024
13:50 MYT
Benny Blanco baru dinobatkan sebagai salah seorang Lelaki Terseksi 2024 oleh majalah People.
Filem

Peminat Malaysia, Indonesia Tak Sabar Untuk Tonton Dongeng Sang Kancil - "Ini Tayangannya Di Malaysia Sahaja Atau Di Indo Juga"

gempak
18/11/2024
05:17 MYT
Baru sahaja tengok tayangan trailer, namun peminat sudah tidak sabar untuk saksikan filem animasi, Dongeng Sang Kancil.
Hiburan

Misha Omar Tak Muncul Di SFMM39, Vanessa Reynauld Nyanyi Lagu ‘Masihkah Ada Rasa Itu’ Dapat Pujian

gempak
15/11/2024
02:25 MYT
Kemunculan penyanyi Vanessa Reynauld mendendangkan lagu Masihkah Ada Rasa Itu nyanyian asal Misha Omar menimbulkan pertanyaan dalam kalangan penonton terutama peminat penyanyi wanita itu.
Hollywood

Peminat Tak Setuju Kekasih Selena Gomez, Benny Blanco Dipilih Lelaki Terseksi 2024

gempak
13/11/2024
03:55 MYT
Cantik atau kacak itu adalah hal subjektif. Barangkali itu yang membuatkan kekasih Selena Gomez, Benny Blanco dinobatkan sebagai salah seorang Sexiest Man Alive atau Lelaki Terseksi untuk tahun 2024 versi majalah People.
Unitar