Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Neelofa menitipkan ucapan takziah kepada mangsa tragedi tanah runtuh yang berlaku pada awal pagi Jumaat lalu.

Menerusi akaun media sosial masing-masing, Siti dan Neelofa juga turut mengharapkan agar orang ramai tidak berhenti berdoa.

“Semoga urusan menyelamat dipermudahkan, Salam takziah kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia dan kita terus mendoakan agar pasukan penyelamat akan menemui lebih ramai mangsa yang selamat.

“Teruskan berdoa…Kita doakan juga keselamatan kepada semua yang sedang bertugas dalam operasi ini,” tulis Siti.

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)


“Hancur sungguh hati mendengar kejadian tanah runtuh di Genting Highlands. Berdoa agar mereka menemui semua mangsa dan takziah buat keluarga,” coret Neelofa.
Terdahulu, kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, Genting Highland, Pahang, mengundang simpati ramai.

Sehingga kini, misi mencari dan menyelamat mangsa sekitar di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm masih berjalan.