,
Hiburan

Sempat Video Call Sebelum Bersalin, Dayah Bakar Timang Anak Sulung Tanpa Suami Di Sisi

Amri Hassan
17/08/2020
09:25 MYT
Pengacara Dayah Bakar telah selamat menimang cahaya mata sulung pada pukul 2.23 petang Isnin secara pembedahan.
Bagaimanapun, Dayah menyambut kelahiran anak lelakinya itu tanpa suami, Kapten Muhammad Hanif Hamidi di sisi.
"Sebelum ini saya fikir pengalaman ini dapat dikongsikan bersama suami untuk meraikan kelahiran anak sullung bersama-sama.
"Namun, kita hanya merancang Tuhan menentukan.
"Siapa mampu menduga, ujian Allah memisahkan saya dan suami sekian lama. Namun, dengan doa yang tak putus dan kekuatan yang diberi Allah saya berjaya melaluinya.
"Sokongan suami dari kejauhan luar biasa. Begitu juga keluarga saya dan sebelah mentua yang selalu ada di depan mata.
"Biarpun suami tidak dapat melihat dekat perkembangan anak, pasti besar ganjaran Allah berikan untuk setiap ujian dan kemanisan ini," katanya memetik laporan Berita Harian.
Hanif kini masih berkhidmat di Australia dan tidak dapat kembali ke tanah air ekoran COVID-19.

Perjuangan ini bukan milikku sahaja, bukan juga milik kamu, tapi milik kita bertiga .... Dalam kejauhan dan perjalanan panjang yang tidak terduga, dari awal kehamilan hingga sudah hampir sampai ke penghujungnya, disini kita. Masih tidak dapat menatap mata, tak berpeluang merasa hebatnya pergerakan si kecil dengan sentuhan seperti yang diimpikan, tetapi percayalah, pasti besar rahsia hikmah dan ganjaran yang Allah sediakan ?? Sehingga waktu kita bertemu kembali dengan anugerah terindah, in sha Allah? Untuk yang membaca, mohon kalian mendoakan keselamatan dan kesihatan untuk saya dan little bb. Semoga Allah membalas kebaikan kalian yang tak putus mendoakan . Terima kasih ??? P/s : This photo was taken separately malaysia ?? ?? Thank you to @zaidiel_afiqie for making it happen for us ?

A post shared by DAYAH BAKAR (@dayahbakar) on

Dayah kini ditemani ibu dan keluarga terdekatnya.
Dayah dan Hanif mendirikan rumah tangga pada Jun 2018.
Sumber: Berita Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Puteri Kecil Kami Lahir Dengan Sihat” - Song Joong Ki Syukur, Isteri Selamat Bersalin Anak Kedua

gempak
21/11/2024
08:20 MYT
Pelakon terkenal Korea, Song Joong Ki meluahkan rasa gembira selepas isterinya, Katy Louise Saunders selamat melahirkan cahaya mata kedua.
Hiburan

Sufi Rashid, Isteri Timang Cahaya Mata Sulung, Beri Nama Sabreen Aleyna - "Rasa Excited, Pemberian Allah Terbesar"

gempak
14/11/2024
06:41 MYT
Penyanyi dan usahawan Sufi Rashid dan isteri, Nurulain Md Yusof, memanjatkan rasa syukur dikurniakan cahaya mata sulung pada 12 November lalu.
Hiburan

Yaana Lee Bakal Sambut Bayi Perempuan Ketiga, Dedah Impi Mahu Anak Lelaki – “Awal-Awal Sedih Juga Sebab…”

gempak
19/10/2024
13:20 MYT
Usahawan terkenal, Nur Liyana atau lebih dikenali sebagai Yaana Lee mencuri perhataian apabila berkongsi jantina anak ketiga yang bakal lahir tidak lama lagi.
Berita

Imam Maut Kemalangan Selepas Lawat Isteri Bersalin Di Hospital

gempak
09/10/2024
05:25 MYT
Seorang Imam masjid maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandunya terbabas dan terbalik di Kilometer 211.8, Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah utara dekat Sitiawan pada Selasa.
Hiburan

“Baby Tak Sabar Nak Tengok Dunia” - Eyra Hazali Selamat Bersalin Anak Ketiga

gempak
27/09/2024
08:55 MYT
Pelakon, Eyra Hazali mengucapkan rasa syukur selepas selamat melahirkan cahaya mata ketiga di sebuah pusat perubatan pada malam Khamis.
Unitar