Selebriti terkenal, Wak Doyok menghadiahkan sebuah kereta mewah jenis Vellfire berwarna hitam buat ibunya sempena Hari Ibu semalam.

Wak berkongsi foto bersama ibunya di samping kereta mewah tersebut di laman Instagram (IG) miliknya semalam.

"Sempena hari ibu hari ini saya menghadiahkan mak saya sebuah kereta vellfire agar tahun ini mak boleh berjalan-jalan dengan selesa di rumah sanak saudara.

"Semoga mak sihat dan dapat menghadiahkan fardu haji tahun ini insha-Allah," tulisnya.

Perkongsiannya membuahkan rasa bangga dalam kalangan pengikut yang selama ini melihat kesungguhan Wak mencari rezeki untuk keluarganya.

Selain itu, rata-rata netizen memuji dengan sikap Wak yang menghargai dan membalas pengorbanan ibunya.



Terdahulu, Wak pernah menghadiahkan sebuah rumah banglo untuk keselesaan ibunya.

Sempena hari ibu hari ini saya menghadiahkan mak saya sebuah kereta villfire agar tahun ini mak boleh berjalan-jalan dengan selesa di rumah sanak saudara. Semoga mak sihat dan dapat menunaikan fardu haji tahun ini insyallah. ???❤️ #HappyMothersDay #TakPanaske #AkuYangPakaikoYangPanas #KodahKenapa #MegWak #WakDoyok #LegasiWakDoyok #WDLifeStyle #WakDoyokFC #BeardedGentlemen #Sedagher #MensWear #Fashion #MensFashionReview #StreetFashion #Dapper #Ootd #Style #MensFashionPost #TheMenClub #MenWithClass #Details #Sartorialist #Pittiuomo #Class #British #Usa

A post shared by Wak Doyok (@wakdoyok) on