Pengasas kosmetik Alha Alfa, Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil membuat kejutan buat ibunya sempena ulang tahun kelahiran dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah, Mercedes-Benz berwarna putih.

Menurut Alha, hadiah itu sebagai balasan di atas pengorbanan yang telah dilakukan oleh mereka sepanjang menjaga dirinya sehingga hari ini.

Berita gembira itu dikongsi menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

"Terima kasih atas segala apa yang telah diberi semenjak dalam perut sampai sekarang..

"Sujud syukur padamu ya allah tarikh lahir ibu dapat hadiahkan ibu kereta yang diminatinya..

"Alhamdulillah tapi number plate tu nama ayah sebab nama ibu susah nak dapat..

"Lagipun yang bawak ayah kan.. Tak tahu nak cakap happynya macam mana bila apa yang ibu ayah kita inginkan dan kita dapat bagi.

"Saya tau ini hanya sikit tak terbalas jasa mereka jaga kita dari kecik," tulisnya.

Alha turut mengimbas kembali pengorbanan ibunya yang terpaksa menggadai seutas gelang emas semata membiayai perbelanjaannya untuk memasuki universiti.

"Teringat peristiwa nak masuk UiTM tak ada duit nak beli barang-barang keperluan, yuran dan kos perbelanjaan. Ibu pajak gelang perkahwinan mereka.

"Alha bawak ibu naik moto gi kedai emas.. time tu Allah je tau apa perasaan.

"Yang kalau boleh taknak bagi ibu pajak tapi terpaksa.. Sampai now rasa terkilan tu.

"Satu-satunya pemberian ayah kat ibu time kahwin tapi itu juga last yang ibu ada untuk anaknya sambung belajar.

"Maaf ye ibu Alha cuba cari kedai emas tu dah tak ada. Takpe la harap lepasni banyak lagi hadiah Balim boleh bagi kat ibu dan ayah selagi kudrat ni ada.

"Insya-Allah selagi apa balim buat, niatnya tak lain, nak bagi ibu ayah senang, lepastu baru diri sendiri inshaAllah.

"Nak belikan Mers yang canggih-canggih lagi ayah taknak.. tak pandai nak tekan-tekan button tu katanya.

"Semalam pun jenuh call wiper tak function, harini call kata dah ok hahaha ayah ni. Love you forever sampai hujung nyawa.

"Alha tak baik mana, tapi cuma kongsi apa yang boleh semoga jadi inspirasi pada yang mula nak berniaga, start pikir depa ni dulu baru pikir kita inshaAllah Allah bagi semua.

"Kalau buat sesuatu yang susah dan rasa tak mungkin boleh buat, call depa ni mintak pendapat.

"Insya-Allah benda tu dipermudahkan sebab semangat depa bagi kat kita tu adalah 'energy' yang Allah supply pada kita.

"Kawan, girlfriend, boyfriend, tunang atau isteri anytime boleh tinggalkan kita tapi depa akan tetap kat sisi walau kita ada masa terlupa depa..

"Tiap kali nak raya satu benda Alha ingat time kecik dulu..

"Ayah suka pakai baju melayu yang sama 2-3 tahun, bila tanya napa tak beli..katanya sayang baju elok lagi pakai pun time raya je.

"Tak lama lepas tu dengar dia borak dengan ibu kat bilik..Bukan taknak beli, duit tak cukup takpe biar anak- anak dulu.

"Start dari tu Alha akan pastikan tiap kali raya ayah pakai baju baru.. Tahun ni ayah pakai @alhaalfa.rtw okey," tulisnya lagi.

Rata-rata pengikut Alha berasa kagum dengan sikapnya yang sentiasa mendahulukan ibu bapa serta menjadikan dirinya sebagai contoh kepada generasi muda.

Sekadar info, Alha Alfa merupakan antara nama jurumekap artis yang dikenali di kalangan industri seni tanah air.

terima kasih atas segala ape yg telah di beri semenjak dlm perut smpi sekarang..sujud syukur padamu ya allah~tarikh lahir ibu dapat hadiahkan ibu kereta yg diminatinya..alhamdulillah.. tapi nmber plate tu nama ayah..sbb nama ibu susah nak dapat..lagipun yg bawak pun ayah kan..?? tataw nak cakap happynya macamana bila ape yg ibu ayah kita inginkan dan kita dapat bagi..sy tau ini hanya sikit xterbalas jasa mereka jaga kite dr kecik.. . . teringat peristiwa nak masuk uitm xde duit nak beli barang2 keperluan n yuran n kos perbelanjaan..ibu pajak gelang perkahwinan mereka..alha bawak ibu nek motor g kedai emas..time tu allah je tau ape perasaan..yg kalau boleh xnak bagi ibu pajak..tapi terpaksa..smpi now rasa terkilan tu..satu2nya pemberian ayah kat ibu time kawen..tapi itu jgak last yg ibu ada utk anaknye smbung belajar ?? maaf ye bu..alha cuba carik kedai emas tu dah xde..? xpelah harap lepasni banyak lagi adiah balim boleh bagi kat ibu n ayah..selagi kuderat ni ada..insha allah..selagi ape balim buat,.niatnya xlain..nak bg ibu ayah senang,lepastu baru diri sendiri insha allah ??‍♂️??‍♂️ nk belikan merz yg canggih2 lagi ayah xnak..tak pandai nak tekan2 button tu katanya ?? semalam pun jenuh call wiper xfunction..arini call kata dah ok..hahaha ayah ni..?? love u forever smpi hujung nyawa..alha xbaik mana,tapi cuma kongsi ape yg boleh semoga jadi inspirasi pada yg mula nak berniaga,start pikir depa ni dlu baru pikir kite insha allah allah bagi semua..kalau buat sesuatu yg susah n rasa xmungkin boleh buat,..call depa ni mntak pendapat..insha allah benda tu dipermudah sbb semangat depa bg kat kite tu adalah “energy” yg allah supply pada kite.. kawan2...gf bf..tunang or wife anytime boleh tggalkn kite..tapi depa akan tetap kat sisi walau kite ada masa terlupa depa.. . . tiap kali nak raya satu benda alha igt time kecik dlu..ayah suka pakai baju melayu yg sama 2-3 tahun,bila tanya nape xbeli..katanya syg baju elok lagi pakai pun time raya je..xlama lepas tu dengar die borak ngn ibu kat bilik..bkn xnk beli,duit xckup..xpe biar anak2 dlu..start dr tu alha akan pastikan tiap kali raya ayah pakai baju baru..☺️☺️ tahun ni ayah pakai @alhaalfa.rtw okehh ???????

A post shared by www.alhaalfa.com (@alhaalfa) on