Pelawak dan pelakon Zizan Razak berkongsi detik cemas membantu seorang pemandu yang tertidur di sebuah persimpangan lampu isyarat pada Isnin lalu.
Menurut Zizan, kejadian itu berlaku ketika dirinya dalam perjalanan untuk ke tempat kerja.
"Tertidur dalam kereta. Ramai yang DM dan tag Zizan bertanya pasal kes semalam.
"Cerita dia semalam ketika Zizan dan team ZRFF on the way ke tempat kerja ada sahabat kita ni mungkin terlalu penat lalu tertidur dalam kereta," tulisnya.
Dalam pada itu, Zizan turut mengucapkan terima kasih kepada beberapa orang yang telah menghulurkan bantuan walaupun berlainan bangsa.
"Apa yang best bila berlaku kejadian begini semua bangsa bersatu hulurkan bantuan tak kira Cina, Melayu dan India.
"Tahniah dan terima kasih buat semua yang berikan kerjasama yang luar biasa. Kepada sahabat kita Zizan nasihatkan supaya banyakan berehat dan jangan kerja lebih masa," tulisnya lagi.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram TV miliknya, kelihatan beberapa orang awam terpaksa memecahkan cermin kereta bahagian belakang bagi menyelamatkan pemandu tersebut.
Video yang dimuat naik oleh Zizan kini mendapat lebih sejuta tontonan dan mendapat respon lebih 2,600 komen netizen.
Dalam perkembangan lain, Zizan bakal kembali membintangi filem sekuel kepolisan Polis Evo 3 tidak lama lagi.
Zulaikha Yusof
Wed Oct 02 2019


“Satu Job Saya Cancel, Selesaikan Yang Mana Penting Dahulu,” - Amir Raja Lawak Tak Tamak, Percaya Pada Rezeki
Patutlah Amir selalu murah rezeki...

Akim & Mira - Kisah Cinta 1999 | Episod 8
Akim berterusan memberi semangat kepada Mira yang kemurungan.

Kisah Cinta Phoebe & Ejoi | Episod 8
Di hari nak berikan rakaman tape itu kepada Phoebe, Ejoi ternampak Phoebe jumpa teman lelakinya, Jason. Ketika itu, Ejoi nampak Phoebe dikecewakan. Ejoi teman Phoebe di waktu sedih.
![[VIDEO] Watie Hanifiah Sambut Ulang Tahun kelahiran, Netizen Lebih Tertarik Dengan Ucapan Shuib [VIDEO] Watie Hanifiah Sambut Ulang Tahun kelahiran, Netizen Lebih Tertarik Dengan Ucapan Shuib](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/4_9.png?ext=.png)
[VIDEO] Watie Hanifiah Sambut Ulang Tahun kelahiran, Netizen Lebih Tertarik Dengan Ucapan Shuib
Selamat hari lahir!
_2.png?ext=.png)
“Tak Boleh Tengok Diri Saya Di Cermin” - Meerqeen Diserang Depresi Kerana Watak Drama
Kesian Meerqeen

Penjaga Gol Turkiye Meninggal Dunia, Mangsa Korban Gempa Bumi
Takziah buat keluarga...
![[FOTO] “Baby Boy Sado, Berat 4.03 Kg” - Isteri Syafiq Yusof Selamat Bersalin Anak Ketiga [FOTO] “Baby Boy Sado, Berat 4.03 Kg” - Isteri Syafiq Yusof Selamat Bersalin Anak Ketiga](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/foto-baby-boy-sado-berat-4-03-kg-isteri-syafiq-yusof-selamat-bersalin-anak-ketiga.jpg?ext=.jpg)
[FOTO] “Baby Boy Sado, Berat 4.03 Kg” - Isteri Syafiq Yusof Selamat Bersalin Anak Ketiga
Alhamdulillah...

“Jika Negara Lain Boleh Haramkan, Kenapa Kita Mesti Luluskan?” - Undang Risiko Keselamatan, CAP Saran Lato-Lato Tak Patut Dijual
Bahaya juga ya lato-lato ni.

Peraduan Gempak Most Wanted

"2023 Tahun Terbaik Untuk Luaskan Fenomena Selepas SWIPE" - ALYPH Yakin Lancar Lagu Baharu CHECK!
Check lagu baharu ALYPH berjudul CHECK!