"Semua Khabar Angin Yang Keluar Adalah Tidak Benar" - Noorkumalasari Kongsi Perkembangan Terkini Anita Sarawak
Rozaimi Zubaidi
09/10/2018 00:44 MYT
09/10/2018 00:44 MYT
Pelakon Noorkumalasari mengakui kesal apabila ada pihak yang cuba untuk menyebarkan berita yang tidak benar mengenai kakaknya, Anita Sarawak.
Menurut Noorkumalasari, keluarganya masih dapat berhubung dengan Anita dan kakaknya kini masih menetap di Amerika Syarikat.
"Saya ada dengar yang orang kata Anita kini sedang sakit, rambutnya gugur dan bercerai.
"Semua khabar angin yang tular di media sosial itu adalah tidak benar sama sekali.
"Anita sering menghubungi kakak saya yang lain untuk bertanyakan khabar dan mereka akan bercakap dengan suaminya, Mahathir Abdullah sekaligus perkara itu mengesahkan bahawa mereka masih lagi suami isteri.
"Anita tidak menghubungi saya kerana dia tahu, kalau orang ramai tahu, mereka akan mencari saya.
"Apa yang saya tahu mereka masih menetap di Amerika Syarikat tapi bukan di daerah Las Vegas lagi kerana dia dan suami sering berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat," katanya kepada Gempak.
Noorkumalasari berkata demikian ketika ditemui pada majlis Anugerah Bintang Popular BH ke-31 (ABPBH 31), di PICC Putrajaya, baru-baru ini.
Noorkumalasari menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat di Anugerah Bintang Popular BH ke-31.