VIRAL
Semua Pakat Makan Hati YB Nurul Izzah Bergambar Dengan Siwon
Terima hakikat atau tidak, ramai yang meluahkan rasa cemburu terhadap Ahli Parlimen Permatang Pauh, YB Nurul Izzah Anwar yang sempat bergambar dengan bintang Kpop terkenal, Choi Siwon semalam.
Menerusi laman media sosial peribadinya, Izzah telah memuat naik beberapa keping gambar bergambar bersebelahan dengan ahli kumpulan Super Junior itu.
"Delightful moments and nice discussion on the issue of bullying.
"Isu buli dalam apa medium sekalipun, adalah isu yang harus diberi perhatian secara keseluruhan.
"Antara ahli panel ialah Lisa Surihani, Choi Siwon selaku wakil UNICEF," tulisnya di Twitter.
Bukan hanya Izzah, Instagram Lisa Surihani turut dihujani pelbagai komen daripada peminat setia Siwon.Delightful moments and nice discussion on the issue of bullying.Isu buli dalam apa medium sekalipun, adalah isu yang harus diberi perhatian secara keseluruhan.Antara ahli panel ialah Lisa Surihani, Choi Siwon selaku wakil UNICEF. pic.twitter.com/9YTNerqS1N— YB Nurul Izzah Anwar (@PmtgPauhP044) August 8, 2018
Siwon hadir ke Malaysia beberapa hari lalu sebagai wakil UNICEF untuk berkongsi mesej kesedaran tentang isu buli.A post shared by Lisa Surihani Mohamed ? (@lisasurihani) on
Sebelum ke Malaysia, Siwon singgah di beberapa negara lain antaranya Brunei, Filipina dan Thailand untuk melaksanakan misinya.
A post shared by 최시원 (@siwonchoi) on
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @n_izzah
Must-Watch Video