Skip to main content

Trend Pasaran

"Semua Palsu!" - Sugu Pavithra Tak Ada Sebarang Akaun Media Sosial Selain YouTube

sug.jpg
YouTuber masakan popular, Sugu Pavithra menafikan akaun media sosial yang dibuka adalah milik mereka.

Ketika dihubungi Gempak, M. Sugu, 29, menyatakan dia sudah dimaklumkan oleh pengikut Youtube mengenai perkara tersebut.

"Itu semua palsu saja. Bukan setakat akaun Twitter, Instagram (IG) pun kami takda.

"Saya baru tau pasal ini. Ramai yang cakap dekat ruangan komen Youtube," katanya.

Tambah Sugu lagi, dia harap orang ramai akan bantu untuk melaporkan akaun tersebut.

"Tapi apa boleh buat. Saya tak pandai nak uruskan. Saya harap orang ramai boleh bantu saya untuk laporkan semua akaun itu," katanya lagi.



Sebelum ini, kisah pasangan suami isteri keturunan India ini menerima perhatian rakyat Malaysia selepas video masakannya yang ringkas di YouTube menjadi viral.
 
BACA: "Gaji YouTube Pertama Saya RM900 Sahaja, Siapa Yang Kata Saya Dah Terima Beribu-ribu Itu Tipulah" - Sugu Pavithra Mampu Buat 4 Video Seminggu
 
Bahkan, Sugu Pavithra juga turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
 
BACA: Sugu Pavithra Nak Masak Untuk Semua Jiran Gunakan Barangan Asas Yang PM Bagi
 
Sehingga kini Sugu Pavithra mempunyai lebih 700,000 subscribers di YouTube.

Bahkan, pasangan itu juga dilaporkan sudah berpindah ke rumah yang lebih selesa selepas suaminya membuat keputusan untuk berhenti kerja sebagai buruh ladang bagi memberikan fokus kepada penghasilan video.
 
BACA: Selepas Suami Berhenti Kerja, Sugu Pavithra Pindah Rumah Baharu - "Dia Banyak Kena Ambil Cuti Untuk Teman Interview"

BACA: "Rumah Baharu Bukan Beli, Saya Sewa Bayar RM400 Sebulan" - Sugu Nafi Hidup Makin Mewah, Cadang Nak Cari Kerja Tetap Lain
 
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

Advertisement

Must-Watch Video