Hiburan
Semua PKS di Malaysia Berpeluang Memenangi Pengiklanan di Astro TV, Radio & Digital Menerusi Peraduan Reignite SMEs!
Astro terus memberikan sokongan kepada semua rakyat Malaysia termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) semasa wabak COVID-19 menerusi peraduan 'Reignite SMEs' dari Astro Business Talk, di mana lima belas buah PKS boleh memenangi hadiah yang merangkumi pengiklanan di siaran TV, radio dan digital bernilai sehingga RM1,500,000 secara keseluruhan untuk mempromosikan perniagaan mereka.
Semua pelanggan Astro dirumah atau di premis komersial, boleh mencalonkan PKS pilihan mereka, sama ada perniagaan sendiri atau PKS yang dimiliki oleh keluarga dan rakan mereka, melalui www.astrobusinesstalk.com.
Para peserta perlu mengisi borang dalam talian (online) untuk memberikan butiran dan menjawab dua soalan mengenai PKS yang dipilih oleh mereka. Semua penyertaan boleh dihantar dari sekarang hingga 5 Julai 2020.
Lima belas pemenang akan dipilih berdasarkan kelayakan PKS yang dicalonkan, seperti yang dinyatakan dalam terma dan syarat peraduan Astro Business Talk - ‘Reignite SMEs’ di laman web rasmi, juga berdasarkan kualiti dan keaslian penyertaan.
Dari 8 hingga 22 Ogos 2020, para peserta perlu mengikuti program Prime Talk pada pukul 8 malam di saluran Astro AEC (saluran HD 306 dan saluran 346) melalui TV atau Astro GO untuk mendapatkan kata laluan harian; serta program Evening Edition pada pukul 10.30 malam, di mana pemenang akan dihubungi dan diumumkan setiap hari selama lima belas hari ini.
Pemenang yang di hubungi semasa program "Evening Edition”, perlu menyatakan kata laluan yang diumumkan pada hari yang sama semasa program "Prime Talk" untuk memenangi pakej penuh yang merangkumi pengiklanan di siaran TV, radio dan digital untuk PKS yang dicalonkan. Manakala, pemenang yang tidak dapat menyatakan kata laluan hanya akan memenangi pengiklanan di radio dan digital untuk PKS yang telah dicalonkan.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Astro Business Talk: Reignite SMEs, layari www.astrobusinesstalk.com atau menerusi Facebook Astro AEC.
Must-Watch Video