,
Hiburan

“Semua Selebriti Pakai Baju Kami, Termasuklah Bella Astillah" - FiziWoo

Khairil Khusyairi
11/09/2024
21:55 MYT
Jenama rumah fesyen terkenal, FiziWoo memaklumkan aktor kontroversi, Aliff Aziz merupakan pelanggannya sejak beberapa tahun lepas.

Aliff Adalah Klien

Menurut pengasas dan pengarah kreatifnya, Hafizi Woo, berkata, Aliff yang juga kenalannya itu sering membuat tempahan baju seperti persediaan untuk penggambaran.
“Untuk makluman semua, Aliff sebenarnya sudah menjadi klien kami sejak beberapa tahun lepas lagi. Sebelum kejadian dan ‘drama-drama’ tersebut lagi.

“Aliff Aziz memang klien kami, dia selalu membeli baju daripada kami seperti baju raya.

“Malah sebelum kontroversi antara dia dan Ruhanies lagi mereka berdua adalah rakan saya, jadi sudah menjadi kebiasaan bagi mereka untuk beli mahupun pinjam baju daripada kami terutamanya untuk penggambaran,” ujar Fizi ketika dihubungi Gempak.

Aliff Bukan Duta

Jelas Hafizi lagi, pihaknya tidak mengambil Aliff sebagai duta seperti yang didakwa netizen sebaliknya hanya berurusan dalam perniagaan.
“Aliff ada show di Malaysia, baju yang dia pakai itu dah pesan lama sudah, sebelum KL Fashion Week lagi dia dah buat pesanan.

“Ini bukan kali pertama Aliff akan pakai baju daripada kami kerana dia akan buat penampilan di acara antarabangsa selepas ini.

“Malah ini bukan menjadikan dia sebagai duta atau muse tetapi sebaliknya ia adalah hubungan jual beli antara pelanggan dan penjual. Jadi kami sangat professional, jelasnya.

Semua Artis Pakai Baju FiziWoo

Dalam pada itu, Hafizi juga menafikan dakwaan netizen yang mengatakan pihaknya sengaja mencari sensasi dengan menggunakan aktor tersebut di media sosial.
“Kalau soal peribadi atau kontroversi dan sebagainya, itu adalah di luar kuasa kami. Kami tak judge.

“Bagi saya, soal sengaja nak menumpang atau nak sensasikan keadaan, tidak. Semua selebriti pakai baju FiziWoo termasuklah Bella Astillah.

“Bagi saya tiada isu nak dikaitkan cuma sudah tentulah apabila orang kata saya seperti menyokong tindakan sesetengah pihak itu adalah diluar kuasa saya,” jelasnya lagi.
Terdahulu, tular di media sosial apabila rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang terhadap perkongsian FiziWoo yang memaparkan Aliff Aziz menggayakan persalinan rekaan jenama fesyen tersebut di sebuah acara baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Bengang Jenama Fesyen Terkenal Bekerjasama Dengan Aliff Aziz? – “Done Unfollow! Tak Ada Manusia Lain Lagi Ke?"

ARTIKEL BERKAITAN: Masih Dihentam Netizen, Ruhainies Nak Rasa Gembira & Tenang Tanpa Membenci Sesiapa - “Tak Suka Gaduh Di Public Sebab Saya Nak Tunjuk Contoh Yang Baik”

ARTIKEL BERKAITAN: Enggan Terlibat ‘Cinta Lokasi’, Bella Astillah Letak Batasan Setiap Kali Berlakon Dengan Pelakon Lelaki - “Kita Mula Dengan…”

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah Maklum Aliff Aziz Tiada Hubungi, Tanya Khabar Anak-Anak Selepas Bercerai – “Tak Ada Langsung”

ARTIKEL BERKAITAN: "Tahniah Buat Bekas Sahabat Saya Ruhainies Berjaya Runtuhkan Masjid" - Bella Astillah

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Isu Rumah Tangga Fattah & Fazura, Umie Aida Titip Nasihat - “Kita Semua Tak Perlu Masuk Campur”

gempak
16/09/2024
03:55 MYT
Isu rumah tangga antara pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura baru-baru ini menggemparkan industri hiburan dan telah mendapat perhatian ramai termasuk rakan-rakan artis.
Hiburan

Yusof Haslam Dedah Syamsul Yusof Rindu Masakan Ibu, Gembira Anak Balik Ke Pangkuan Keluarga - “Alhamdulillah…”

gempak
15/09/2024
02:03 MYT
Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam mendedahkan dirinya tidak mencampuri urusan perpisahan antara Syamsul Yusof dan bekas isteri, Ira Kazar.
Hiburan

Video Ucapan Birthday Anak Fattah & Fazura Buat Netizen Emosi, Ramai Doa Supaya Kembali Bersama

gempak
14/09/2024
11:55 MYT
Video ucapan istimewa anak kepada pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Nur Fazura iaitu Nur Fatima Aisya sempena ulang tahun kelahiran bapanya yang ke-34 mencuri tumpuan netizen.
Hiburan

Fattah Amin Dedah Tiada Orang Ketiga, Akui Masih Sayangkan Fazura

gempak
14/09/2024
04:26 MYT
Pelakon Fattah Amin menegaskan bahawa tiada wanita lain dalam hidupnya yang menyebabkan kepada keruntuhan rumah tangganya bersama aktres, Fazura.
Hiburan

“Saya Sudah Ada Isteri, Kenapa Nak Layan Orang Ketiga?” - Video Fattah Amin Ulas Tentang ‘Penyondol’ Kembali Tular

gempak
14/09/2024
03:12 MYT
Satu video temu bual berkaitan pelakon, Fattah Amin mengulas tentang isu orang ketiga dalam perhubungan kembali tular dalam media sosial.