,
Hiburan

Bella Astillah Maklum Aliff Aziz Tiada Hubungi, Tanya Khabar Anak-Anak Selepas Bercerai – “Tak Ada Langsung”

Khairil Khusyairi
12/08/2024
07:55 MYT
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah mengakui ramai pihak terutamanya netizen sudah jemu dengan kisah masalah rumah tangganya bersama bekas suami, Aliff Aziz.

Kongsi Perkara Positif

Bercakap kepada Gempak, pemilik nama lengkap Dayang Nabellah Awang Astillah, 30, itu mahu fokus bersama anak-anak dan kerjaya.
“Sebenarnya saya percaya semua netizen dan pengikut ada yang cakap bukan sahaja penat tetapi tak selesa, muak dan sebagainya.

“Saya faham perasaan itu, saya memang dah tak suka untuk kongsikan apa-apa sebab saya nak move on dan kongsi perkara positif.

“Tapi bila perkara ini tidak berhenti, jadi saya rasa perlu noktahkan semuanya,” katanya.
Bella ditemui pada TikTok Award Malaysia 2024 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, pada Ahad.

Tiada Niat Pisahkan Anak-Anak

Jelas Bella lagi, dia tiada niat langsung bertindak untuk memisahkan anak-anak dengan bekas suami dan keluarga mentua.

“Ada yang cakap saya tak patut pisahkan dan sebagainya, sebab itu saya perlu katakan sesuatu agar orang tahu saya tiada niat langsung untuk pisahkan.

“Biar perkara itu jelas dan selepas ini kalau ada pihak sana yang bercakap atau balas balik saya tak mahu cakap apa dah sebab semuanya sudah terungkai.
“Saya juga rasa lega sebab dah lepaskan semua, selebihnya saya mahu move on, itu yang lebih penting,” jelasnya.

Aliff Tak Hubungi

Dalam pada itu, Bella berkongsi bahawa Aliff tiada menghubungi dirinya untuk bertanyakan soal anak-anak.
Malah, kali terakhir Aliff bertemu dengan dua anaknya sebelum perbicaraan perceraian dengannya di mahkamah.

“Tiada, langsung tiada (dihubungi Aliff).

“Anak-anak juga tidak bertanya. Hak penjagaan sepenuhnya pada saya cuma saya minta bagi ruang kerana masa terlalu singkat dan saya tak mahu benda lepas berulang,” tutupnya.
Bella dan Aliff sah bercerai pada 13 Jun lalu di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.
Bella dan Aliff juga pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.

ARTIKEL BERKAITAN: Che Sayang Kitchen Dinobat Creator Of The Year, Bella Astillah Menang Celebrity Of The Year TikTok Awards Malaysia 2024

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Henti Disindir Bekas Mentua, Bella Astillah Coretkan Surat Terbuka - “Banyak Lagi Perkara Yang Jauh Lebih Penting…”

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah Perlu Masa, Belum Bersedia Untuk Anak-Anak Jumpa Bekas Mentua - “Tunggu Waktu Sesuai, Saya Tak Nak Ayden Jadi Keliru”

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz Dilihat Bersama Tabligh, Bella Astillah Hanya Doakan Yang Terbaik - “Sekiranya Dia Mahu Berubah Ke Arah Lebih Baik, Saya Hanya…”

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Aliff Aziz Titip Ucapan Hari Lahir Buat Cucu Perempuan, Harap Terima Hadiah Yang Ditinggalkan - “Kami Tetap Tidak Akan Berhenti Cuba Untuk…”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Hiburan

Adik Neelofa Bakal Timang Cahaya Mata Lelaki!

gempak
17/11/2024
08:55 MYT
Adik lelaki kepada pengacara dan usahawan terkenal, Noor Neelofa iaitu Mohamed Aqief bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Unitar