Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Senakal-Nakal Lelaki Mesti Dia Tetap Nak Pilih Perempuan Baik-Baik Untuk Jadi Ibu Anak-Anak Dia Kan" - Haziq Hussni

Badrul Hashim
30/11/2020 11:30 MYT
Pengacara dan penyampai radio Haziq Hussni sememangnya seorang yang senang berkongsi kisah antara dirinya dan isteri, Ayunda Putri serta anak-anak.

Terlibat dalam satu program yang sama bersama Alif Satar baru-baru ini, Haziq pernah berkongsi kisah bagaimana dia melakukan kuarantin diri di rumah daripada isteri dan anak-anak.

Baca: Elak Jumpa Isteri & Anak-Anak, Haziq Hussni Kuarantin Dalam Bilik

Dalam satu entri di Instagram miliknya, Haziq berkongsi kisah dirinya yang agak nakal ketika belajar suatu ketika dulu.

"Putri tau Haziq nakal, dia tau perangai Haziq macam mana dari belajar dulu, taip dia tetap terima. Aku pun terkejut, yelah susah tau nak control seorang Haziq.

"Tapi bila dia boleh control dan terima kita seadanya, yeah she's the one. Senakal-nakal lelaki mesti dia tetap nak pilih perempuan baik-baik utk jadi ibu anak-anak dia kan," tulis Haziq.

Tambahnya lagi, setiap hari dia berdoa agar bertemu jodoh yang baik dan pada masa yang sama dia juga dapat berubah menjadi lebih baik.

"Hari-hari doa dulu. Semoga dipertemukan jodoh yg baik dan kita pn dapat berubah jadi lebih baik.

"Laki tu pun usaha la berubah. Jangan harap nak perempuan baik tapi kau tetap ikut perangai syaiton (follow lagu senario)," tulisnya lagi.

A post shared by Haziq Hussni (@haziq_hotfm)


Haziq dan Putri mendirikan rumah tangga pada Julai 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Heidy Nufael dan Chayra Auliya.

#Isteri #Haziq Hussni #Lelaki