Gaya Hidup

Sendu Sendirian? Jodoh Tak Sampai? Asyik Makan Seorang? Restoran ‘Cari Jodoh’ Di Johor Ini Mungkin Jalan Penyelesaian Anda!

gempak
Hanafis Haris
25/09/2019
11:25 MYT
Sponsor Banner
Sendu Sendirian? Jodoh Tak Sampai? Asyik Makan Seorang? Restoran ‘Cari Jodoh’ Di Johor Ini Mungkin Jalan Penyelesaian Anda!
Jika anda sangka restoran menggunakan konsep mencari jodoh hanya berada di China, Korea atau Jepun sahaja, anda silap.
Ini kerana di Malaysia juga sudah mempunyai restoran yang menawarkan perkhidmatan sebegitu.
Restoran dikenali sebagai Happiness Mini Shabu-Shabu ini terletak di Johor dan telah pun memulakan operasi pada 13 September lalu.
Apa yang menjadi keunikan pada restoran ini ialah pelanggan boleh menikmati makanan sambil bertemu dengan rakan baru.
Ini kerana kedudukan meja makannya dibina saling bertentangan dengan individu yang lain.
Kedudukan kedua-dua meja ini hanya dipisahkan dengan tirai saja, sesuai untuk mereka yang tidak gemar makan secara berseorangan.
Anda boleh lihat lebih banyak gambar suasana di dalam restoran itu di bawah:
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024