VIRAL
Wanita Kecewa Beli Kek Coklat ‘Premium’ RM39, Dapat Dah Berkulat…Netizen Tegur - “Jangan Makan Kulat Dah Merebak…”
Seorang wanita kecewa apabila kek tular premium berharga RM39 yang dibeli sudah berkulat.
Menerusi perkongsian di akaun TikTok, pengguna yang dikenali sebagai @Chamiebasir, pada awalnya teruja untuk membuat video reviu kek tersebut.
Namun, kegembiraan tersebut bertukar duka selepas dipercayai ada kulat di atas permukaan kek tersebut.
“Ala walaupun dia dah post awal, kek ni dah ada putih-putih. Saya ada beli kek coklat juga dia post lagi awal dari ini, tak kulat pun. Tapi ini saya kecewa dah ada kulat,” katanya.
Pada akhirnya, wanita tersebut tetap mahu mencuba kek tersebut dan memilih untuk membuang bahagian yang sudah berkulat.
“Saya dah buang kulat kat atas kek ni, harapnya tak sakit perut,” ujarnya.
“Kek hitam premium ini bagi saya tidak berbaloi,” tulisnya.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen menggesa penjual kek tersebut untuk memberikan penjelasan kerana kualiti kek tersebut tidak selari dengan harga.
“Kalau tengok luaran tak nampak premium nye. Packaging pun out. Elok lagi family corner punya packaging. Rasa dia pun sedap.
“Ingat premium sangat bekas pun biasa je.
“Bila dah bekulat walau sikit jangan makan. Spora kulat dah merebak seluruh cake. Boleh tmbah baik letak silica gel dan bekas kedap udara untuk tahan lebih lama,” komen beberapa netizen.
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila seorang pempengaruh menjual kek coklat premium yang dikatakan harga terlalu mahal walaupun menggunakan bahan bungkusan mampu milik.
Must-Watch Video