HIBURAN
Sentiasa Ada Di Sisi, Syed Saddiq Terhutang Budi Dengan Bella Astillah - “Minta Maaf La Saya Tak Bawa Dia…”
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq mengakui dia sememangnya terhutang budi dengan pelakon dan penyanyi Bella Astillah.
Sentiasa ada
Menerusi siaran langsung di TikTok, Saddiq memberitahu Bella sentiasa berada di sisinya dan membuatkan dirinya gembira sejak beberapa bulan lalu.
“Memang saya terhutang budi dengan Bella. Walaupun kita dah kenali satu sama lain sejak beberapa tahun lalu.
“Tapi untuk enam ke tujuh bulan lalu, dia sentiasa ada untuk buat saya gembira, bekerja sama-sama dan sampai ke hari ini sentiasa berada di sisi dan saya terhutang budi,” katanya.
Mohon maaf
Tidak akan pernah lupa jasa Bella, Saddiq bagaimanapun memohon maaf kepada pengikutnya kerana tidak mampu untuk membawa penyanyi itu membuat live bersama setiap masa.
“Minta maaf la saya tak bawa dia setiap kali sesi live sebab saya pun rasa serba salah… dia pun ada kerja, ada keluarga, ada Ayden dan Ara yang memerlukan cintanya sebagai seorang ibu.
“Saya tidak akan lupa perkara itu, korang tak perlu risau. Kerana hutang budi itu perlu dibalas, dan tak akan dilupakan,” katanya lagi.
Wanita luar biasa
Pada perkongsian yang sama, Saddiq turut menganggap ujian yang dihadapinya tidak seberat yang pernah dilalui Bella sebelum ini.
“Dia wanita luar biasa… orang tanya kenapa? Sebab memang betul dia wanita luar biasa pun. Apa saya diuji ini kecil saja berbanding dengan apa yang dia lalui sebelum ini,” ujarnya.,
Terdahulu, bekas Menteri Belia dan Sukan itu dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan pada Rabu atas empat pertuduhan berkaitan pecah amanah, salah guna harta, dan pengubahan wang haram melibatkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).
ARTIKEL BERKAITAN: Bukan Saja Peminat BASS, Fasha Sandha Pun Syukur Syed Saddiq Bebas Pertuduhan - “Baru Cakap Fasal Benda Ini Dengan Bella Astillah Masa…”
ARTIKEL BERKAITAN: Buat ‘Video Call’, Bella Astillah & Syed Saddiq ‘Speechless’ Dengan Soalan Umie Aida - “Kita Tanya Direct Sangat Bab…”
Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim selepas membenarkan rayuan Syed Saddiq untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.
Bella yang turut hadir di mahkamah meluahkan rasa syukur atas keputusan tersebut dan bagaimanpun menganggap sekarang bukan masa yang sesuai untuk bercakap soal jodohnya dengan Ahli Parlimen Muar itu.