Hiburan
"Sentiasa Cium Ibu Supaya Baunya Melekat Dalam Ingatan. Saya Takut..." - Chef Wan Sebak Fikirkan Masa Hadapan
Semua orang yang mengikuti Instagram milik Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan pasti tahu betapa dia sangat menyayangi ibunya.
Selain daripada kisah kerja, entri-entri mengenai ibu tercinta memenuhi ruang Instagram milik Chef Wan dengan pelbagai cerita.
Terbaru, Chef Wan berkongsi beberapa video bersama ibunya seperti yang selalu dikongsi beliau.
"Dah tua ini semua mula kering dan gelebeh. Tak usah kata emak, kita sendiri pun dah mengelebeh!
It's the law of gravity!
"Putih gebu kulit emak ni. Beruntung saya semasa hidup boleh saya jaga makanan minum ibu saya, mau pun sapu-sapukan cream mositurisor ini untuk dia.
Menurut Chef Wan, setiap hari tidak terkira jumlah dia mencium dan memeluk kesayangannya itu.
"Pagi kena cium, lepas makan kena dakap untuk letakkan dia di katil berehat ataupun untuk dia tidur. Saya pasti esok bila emak tak ada lagi mesti saya merinduinya amat sangat.
"Each time I kissed her I kept cium dahi dia lama supaya my brain can register bau ibu saya ini. Saya takut kehilangan bau itu.
"Bila esok Ibu tak ada lagi harap-harap saya masih boleh bau ibu saya ini sesekali untuk mengubati rindu saya nanti," harap Chef Wan.
Ibu Chef Wan, Noraini Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Che Ani dijaga sepenuh masa oleh Chef Wan.
Must-Watch Video