Berita

Sentiasa Kelihatan Cantik, Ini Rutin Kecantikan Raline Shah Yang Patut Dicuba

gempak
Rozaimi Zubaidi
18/10/2018
09:01 MYT
Sponsor Banner
Sentiasa Kelihatan Cantik, Ini Rutin Kecantikan Raline Shah Yang Patut Dicuba
Aktres jelita Indonesia, Raline Shah berkongsi rahsia kecantikan yang diamalkan oleh dirinya sejak dahulu lagi.
Menerusi laporan Liputan6.com, Raline mengakui dia cuma mengamalkan rutin kecantikan secara sederhana berbanding selebriti yang lain.
"Rahsia saya adalah air wuduk, mendapatkan tidur yang cukup, minum air kosong secukupnya, berfikiran positif dan selalu senyum.
"Kalau kita sentiasa fikir positif ia akan memberi kesan yang bagus pada tubuh badan kita.
"Kulit saya sangat sensitif jadi saya tidak menggunakan sebarangan produk dan akan membersihkan muka setiap malam sebelum tidur.
"Kadang-kadang saya akan mengunakan masker dan scrub untuk mencuci muka bagi mengelakkan kulit rosak akibat penggunaan make up setiap hari," katanya.
Dalam perkembangan terbaharu, Ralin akan muncul dalam sekuel filem terbaru, Polis Evo 2 (PE2).
Selain Raline, PE2 turut dibintangi oleh Shaheizy Sam, Zizan Razak, Hasnul Rahmat, Erra Fazira, Hairul Azreen, Soffi Jikan, dan Syafie Naswip.
Polis Evo 2 terbitan Astro Shaw, Surya Citra Media (SCM) dan produksi oleh BlackFlag ini bakal menemui penonton menerusi pawagam seluruh negara mulai 22 November depan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live