,
Hiburan

"Sentiasa Menjaga Hati Saya, Menghormati & Membahagiakan Setiap Masa" - Ibu Neelofa

Kamaruddin Razal
09/10/2019
00:55 MYT
Ibu kepada pengacara dan usahawan Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed menyampaikan ucapan tahniah kepada anak kesayangannya yang menerima anugerah Entrepreneur menerusi Influencer Awards 2019 Monaco yang berlangsung di Monte Carlo, Monaco beberapa hari lalu.
Kartini mendedikasikan ucapan istimewa dan mencoretkannya di salah sebuah entri Instagram miliknya.
"Masya-Allah Tahniah.. Syukur Ya Rabb dengan karuniamu Masya-Allah tiada kata yang dapat diucapkan hanya mampu bersyukur pada yang Esa..
"Janji Allah sesiapa yang membahagiakan orang tuanya, yang menghormati dan menyayangi mereka maka ganjaran Allah tidak terbatas untuknya.. @neelofa anak yang sentiasa menjaga hati mamanya, menghormati dan membahagiakan saya setiap masa," kongsinya.
Tambah Kartini yang memanggil Neelofa dengan panggilan manja Love, anaknya itu merupakan seorang yang taat kepada ibu bapa dan penuh dengan rasa kasih sayang.
"Apa yang dilakukan selalu di katakannya Love buat untuk mama.. Masya-Allah inilah yang dikatakan sejuk perut ibu mengadung.. Anak yang taat penuh kasih sayang..
"Mama love you dan selalu bangga dengan Love.. Moga Allah qabulkan segala doa Love, capaikan segala hajat Love dan sempurnakan segala cita-cita Love," kongsinya lagi.

MashaAllah Tahniah ❤️.. syukur Ya Rabb dengan karuniamu mashaAllah tiada kata yg dpt di ucapkan hanya mampu bersyukur pada yang Esa.. janji Allah sesiapa yg membahagiakan orang tuanya, yang menghormati dan menyayangi mereka maka ganjaran Allah tidak terbatas untuknya.. @neelofa anak yang sentiasa menjaga hati mamanya, menghormati dan membahagiakan saya setiap masa.. apa yg dilakukan selalu di katakannya love buat untuk mama.. masyaAllah inilah yg dikatakan sejuk perut ibu mengadung .. anak yang taat penuh kasih sayang .. mama love you dan selalu bangga dengan love .. moga Allah qabulkan segala doa love, capaikan segala hajat love dan sempurnakan segala cita2 love.. selamat pulang ke malaysia love, moga Allah karunia barokah dan rahmah sepanjang perjalanan pulang dgn sehat dan bahagia juga di angkat darjat love setinggi tingginya.. Amiin Allahumma Amiin???

A post shared by Noor Kartini Noor Mohamed (@noorkartini) on

Kartini juga sempat menitip ucapan selamat pulang ke Malaysia untuk Neelofa yang sudah 32 hari mengembara di luar negara atas urusan kerjaya.
"Selamat pulang ke Malaysia Love, moga Allah karunia barokah dan rahmah sepanjang perjalanan pulang dengan sihat dan bahagia juga di angkat darjat Love setinggi tingginya... Amiin Allahumma Amiin," tulisnya lagi.
BACA: Raih Anugerah Kategori Keusahawanan, Neelofa Menang Influencer Awards 2019 Monaco
Influencer Awards 2019 Monaco merupakan penganjuran kedua selepas diadakan dengan jayanya pada tahun lalu.
Anugerah ini direalisasikan oleh Pauline Ducruet iaitu anak sulung kepada Puteri Monaco, Puteri Stephanie dan beberapa individu lain seperti Lolita Abraham, Maxime Giaccardi dan Thomas
Antara pemenang pada majlis tersebut termasuklah blogger fesyen dari Perancis, Caroline Receveur (kategori Lifestyle) dan jurumekap Kim Kardashian, Mario Dedivanovic (kategori Make-Up Artist influencer).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Itu Tanggungjawab Semua Lelaki, Bukan Saya Sahaja” - Haris Ismail Komen Tentang Urusan Bil & Perbelanjaan Rumah

gempak
21/10/2024
21:55 MYT
Pendakwah selebriti dan usahawan, Haris Ismail menyifatkan tugas pembayaran bil serta perbelanjaan rumah adalah tanggungjawab semua lelaki.
Hiburan

“Rumah Tangga Saya Baru Setahun Jagung, Banyak Belajar Selepas Kahwin” - Neelofa

gempak
21/10/2024
06:32 MYT
Pelakon, Noor Neelofa mengakui dirinya masih tidak layak untuk berkongsi tip rumah tangga kerana menganggap usia perkahwinan yang dibina bersama suami, Hariz Ismail masih baharu.
Hiburan

Ameera Khan Lebih Memilih Lelaki Indonesia, Hati Cair Bila Dipanggil ‘Cinta’ - “Kalau Malaysia, Dari Pengalaman Saya, Bila Mereka…”

gempak
21/10/2024
04:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Ameera Khan atau Little Miss Khan (LMK) mengakui dia masih belum mempunyai hubungan cinta yang serius memandangkan dirinya baru berusia 23 tahun.
Hiburan

“Kalau Budaya ‘Keteyki’ Cepat Saja Ikut, Tapi Kalau Ustaz Kata Sebut Alhamdulillah, Kata Ini Ada Tauliah Tak?” - PU Riz

gempak
20/10/2024
07:55 MYT
Boleh dikatakan ramai orang mengikuti trend video ‘Thank you keteyki’ yang merupakan trendmark pempengaruh media sosial dari Thailand iaitu Aon Samrutai.
Hiburan

Neelofa Dedah Tak Pernah Beli Barang Dapur Guna Duit Sendiri - “Sewa Rumah, Bil Air & Api Semua Saya Tak Pernah Sentuh…”

gempak
18/10/2024
06:55 MYT
Pelakon dan usahawan, Neelofa berkongsi bahawa dirinya tidak pernah mengeluarkan wang untuk keperluan rumah sebaliknya perkara itu diuruskan oleh suaminya, Haris Ismail.
BorakSeeni