Pelakon Elfira Loy berkongsi sekeping foto hitam putih menunjukkan dirinya yang sedang tersenyum.

Foto itu dimuat naik menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

"Senyuman itu sekarang menjadi 'limited edition'," tulisnya di ruangan kapsyen.

Seterusnya, kapsyen dan foto hitam putih itu menjadi tanda tanya di kalangan pengikut Elfira.

Meninjau ruangan komen, ada antara wargamaya yang risau dan terkejut melihat posting tersebut.

Malah, ada juga yang menasihati Elfira untuk sentiasa kuat ketika berhadapan dengan ujian Allah SWT.

"Terkejut bila tengok post macam ni.

"Sentiasalah senyum walaupun ujian dan dugaan datang kerana Allah SWT hendak menguji hamba-hamba-Nya.

"Terkejut bila tengok post macam ni, teruskan senyum Kak El," tulis beberapa wargamaya.







That smile is limited edition now.

A post shared by @ elfiraloy on


Walaubagaimanapun, Elfira memilih untuk berdiam diri tanpa membalas komen-komen tersebut.

Sekadar info, Elfira mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Muhamad Khairol Faris Anuar pada 1 Januari 2019.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Ryan Khalaf pada 1 Oktober 2019.