Penyampai radio Zayan, Mawi menafikan situasi menakutkan yang didedahkan sebelum ini adalah sihir mahupun santau.

Namun Mawi atau Asmawi Ani, 41, percaya apa yang berlaku adalah kehendak Maha Esa.

"Saya tak pernah cakap ini sihir atau santau!

"Yang saya faham, bila Allah berkehenak, tiada siapa dapat menahan.

"Dia berkehendak kita hidup dan dia berkehendak kita hidyp dan kita mati.

"Kita hanya ikut dsn terima dengan reda. Dia lebih mengetahui," katanya.

Mawi mengulas perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya selepas kejadian yang berlaku tujuh tahun lalu itu amat menakutkan dan menginsafkan kerana hampir-hampir meragut nyawanya.

Terdahulu ketika berjumpa media dalam satu acara, Mawi berkongsi kejadian yang berlaku itu amat menakutkan dan menginsafkan kerana hampir meragut nyawanya.

Dalam perkongsian itu dia memberitahu seolah-olah telah mati selema 15 minit dan badanya penuh berlumuran darah.

Bagaimana pun menurut Mawi dia bersyukur kerana pengalaman itu memberi iktibar dan pengajaran buat semua.

"Terima kasih untuk pengalaman ini ya Allah.

"Moga jadi iktibar dan pengajaran buat kita semua," tambahnya lagi dalam hantaran yang sama.

Mawi berkata, peristiwa yang berlaku ketika dia berusia 34 tahun itu membuatkan dia terpaksa menyepikan diri daripada industri hiburan buat sementara waktu.