Berita
Seorang Maut, 125 Cedera Dalam Nahas Pelanggaran Trem di Russia
Seorang maut manakala 125 lagi cedera selepas dua trem berlanggar di atas jambatan wilayah Kemerovo, Rusia pada Khamis lalu.
Berita Trending: Sudah Lama Terputus Hubungan Dengan Syamsul, Yusof Haslam Enggan…
Memetik laporan The Moscow Times, Gabenor Kemerovo, Ilya Seredyuk memaklumkan berita tersebut menerusi mesej di Telegram.
"Sehingga 20:00 (1300GMT), 21 orang kekal di hospital Kuzbass. Keadaan empat orang berada ditahap serius, selebihnya (adalah) tahap sederhana dan ringan.
Berita Trending: "Hamil Tanpa Suami Itu Tidak Mudah” - Tunjuk Baby Bump,…
"Doktor menghantar 101 yang cedera untuk rawatan pesakit luar, manakala tiga lagi sedang diperiksa dan boleh dimasukkan ke hospital.
Terdahulu pada hari itu, Seredyuk berkata sekurang-kurangnya tiga mangsa dalam keadaan serius dan dua lagi dalam rawatan rapi.Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: “Ibu Bapa Zayn Rayyan Menangis,…
Datuk Bandar Kemerovo Dmitry Anisimov kemudiannya menulis di Telegram bahawa salah seorang daripada mereka yang dirawat meninggal dunia, sambil menambah bahawa dia akan bertemu saudara-mara si mati dan memberikan sokongan kepada keluarga.Sumber: The Moscow Times
Must-Watch Video