Selepas tujuh hari ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak autisme, bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin berada dalam keadaan tertekan.


Menangis ketika diajukan soalan

Peguam, Ilyani Khuszairy berkata demikian ketika sidang akhbar di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, bagi proses sambung reman pasangan berusia 28 tahun itu.

“Bapa kanak-kanak ini berada dalam keadaan yang sangat tertekan, dia menangis ketika diajukan soalan dan sering mengatakan bahawa pembunuh sebenar ada di luar.


“Dia kelihatan sangat tertekan malah berharap kes ini dapat diselesaikan secara baik,” katanya.

Beliau berharap, siasatan dapat dijalankan secara telus dan adil agar keadilan terhadap Zayn Rayyan dapat dicapai.

BERITA TRENDING: #JusticeForZaynRayyan: Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Sambung Enam Hari

BERITA TRENDING: #JusticeForZaynRayyan: Proses Lanjutan Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Bertukar Kecoh


Terdahulu, pasangan itu yang memakai baju lokap berwarna ungu, dibawa ke mahkamah pada jam 9.30 pagi, selepas tempoh reman tujuh hari bermula 1 Jun lalu, tamat pada Jumaat.

Pada 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Dianiaya, Ini Semua Fitnah” - Bapa Zayn Rayyan

ARTIKEL BERKAITAN: Fahmi Peguam Baharu Ibu Bapa Zayn Rayyan

ARTIKEL BERKAITAN: Mahmud Sahkan Tidak Lagi Jadi Peguam Ibu Bapa Zayn Rayyan

ARTIKEL BERKAITAN: Belum ada tangkapan lain selepas ibu bapa Zayn Rayyan direman - KPN

ARTIKEL BERKAITAN: Risikan Dilakukan Selama 6 Bulan Sejak Hari Pertama Arwah Zayn Rayyan Didapati Meninggal Dunia



Mangsa sebelum itu dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

Sumber: SINAR HARIAN