Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Seorang Penganggur Berkepala Botak & Naik Kereta Kancil" - Fadzil Zahari Kongsi Kisah Percintaan Bersama Yana Samsudin

Rozaimi Zubaidi
13/02/2019 08:01 MYT
Adik kepada pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil, Fadzil Zahari mengakui bersyukur apabila mendapat seorang isteri yang sanggup bersusah bersama dirinya.

Menerusi entri di Instagram (IG), Fadzil telah memuat naik foto bersama isterinya, Yana Samsudin berserta ucapan ulang tahun perkahwinan keempat mereka.

"Sat ja rasanya, hari ni genap dah 4 tahun kita kahwin, Allah dah tunai hampir segala permintaan kita, Ya Allah ada lagi yang nak mintak ni huhu, anak kembar, tahun ni yang sihat sempurna insyaAllah.

"Teringat lagi 5-6 tahun dulu kami pun bukan semudah ini, jalan yang di lalui penuh dugaan & ujian. Walaupun keluarga semua dah ok, tapi ada juga pihak yang tak setuju kita berkawan, depa hasut cakap i takda masa depan, akan ganggu masa depan u.

"Thank You sayang u buat bodoh ja apa depa cakap, u terima I nak berkawan dengan u dulu, masa i takda apa-apa, seorang penganggur yang berkepala botak, naik kereta kancil subsidi dari mama & abah.

"Sampai sekarang kita sama-sama bina @prokuyastudios @ayanahijab @yanasupercookies @foodchannel.my dan janji Allah tu benar, niat ja nak kahwin masa tu, rezeki datang melimpah ruah. Tak tersangka sangka. Bila dapat anak pulak lagi melimpah ruah rezekinya.

TQ sayang teman i pi hospital semalam...♥️ . Sat ja rasanya, hari ni genap dah 4 tahun kita kahwin, Allah dah tunai hampir segala permintaan kita, Ya Allah ada lagi yg nak mintak ni huhu, anak kembar ???? tahun ni yang sihat sempurna insyaAllah. Hangpa yang baca & aminkan ni abang juga doakan hangpa dapat apa yang hangpa minta dari Allah, pasangan yang baik, anak yang baik & sihat, kesihatan yang baik, ibu bapa & mertua yang baik & sihat macam yang kami dapat. dan seterusnya rezeki hangpa yang melimpah ruah insyaAllah.. . Teringat lagi 5-6 tahun dulu kami pun bukan semudah ini, jalan yang di lalui penuh dugaan & ujian... walaupun keluarga semua dah ok, tapi ada juga pihak yang tak setuju kita berkawan, depa hasut cakap i takda masa depan, akan ganggu masa depan u, tQ sayang u buat bodoh ja apa depa cakap, u terima i nak berkawan dgn u dulu, masa i takda apa2, seorang penganggur yang berkepala botak, naik kereta kancil subsidi dari mama & abah?.. (dulu belum ada BRIM) ada redha ibu bapa, buat ja apa yang hangpa rasa betoi.. Go!! . sampai sekarang kita sama2 bina @prokuyastudios @ayanahijab @yanasupercookies @foodchannel.my dan janji Allah tu benar, niat ja nak kahwin masa tu, rezeki datang melimpah ruah.. tak tersangka sangka. Bila dapat anak pulak lagi melimpah ruah rezekinya haaa (nak tulis sini panjang sangat, kena buat novel nanti) . “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. — HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi . Yang mana rasa ragu ragu nak kahwin takut tak cukup duit nak bagi anak isteri makan, niat dulu nak kahwin kerana Allah. Pastu hang tengok la macamana Allah mudahkan urusan hang... . Happy 4th Wedding Anniversary @yanasamsudin ♥️ u so much... @aisymateen doa kuat2 kasi dapat adik kembar huhu... amin amin ya rabb...

A post shared by Fadzil Zahari (@fadzilzahari) on


"Yang mana rasa ragu ragu nak kahwin takut tak cukup duit nak bagi anak isteri makan, niat dulu nak kahwin kerana Allah. Pastu hang tengok la macamana Allah mudahkan urusan hang.

"Happy 4th Wedding Anniversary @yanasamsudin love u so much. @aisymateen doa kuat-kuat kasi dapat adik kembar huhu. Amin amin ya rabb," tulisnya.

Fadzil dan Yana berkahwin pada 13 Februari 2015 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Aisy Mateen pada 21 Julai 2016.
#pelakon #Yana Samsudin #Fadzil Zahari #Pelakon
;