"Sepadan Sangat, Semoga Berbahagia Hingga Ke Jannah" - Foto Indah Sekitar Majlis Resepsi Sasqia Dahuri

Rozaimi Zubaidi
Disember 17, 2018 05:45 MYT
Selepas selamat diijabkabulkan pada 15 Disember lalu, Sasqia Dahuri dan suaminya yang merupakan seorang ahli perniagaan hartanah Singapura, Muhammad Asyraff Khan Baharudin Khan telah diraikan dalam satu majlis resepsi yang meriah semalam.
Majlis persandingan pasangan ini telah berlangsung dalam suasana yang cukup indah di Perdana Ballroom, Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur.
Memilih persalinan rekaan pereka fesyen terkenal, Fatimah Mohsin TWG, Sasqia dan suami kelihatan begitu kacak dan cantik.
Majlis yang berlangsung meriah itu turut mendapat perhatian netizen apabila mereka memuji persalinan yang digayakan oleh Sasqia kelihatan sungguh menawan.
Pada Sabtu lalu, dengan sekali kali lafaz, Sasqia sah bergelar isteri kepada Muhammad Asyraff dengan menerima mas kahwin sebanyak RM80.
Sebelum ini Sasqia selamat bertunang dengan seorang ahli perniagaan hartanah dari Singapura, Asyraff di Bangi Golf Resort pada 21 Januari lalu.
Berikut adalah sebahagian dari foto-foto majlis resepsi Sasqia Dahuri dan Muhammad Asyraff:
#pelakon #Majlis Resepsi #Pelakon #Sasqia Dahuri