Penyanyi terkenal, Dayang Nurfaizah memberitahu penglibatannya dalam penghasilan muzik video lagu tribute Sentiasa Di Sini merupakan salah satu pengalaman yang cukup bermakna dalam kariernya.

Ini kerana, menurut Dayang, naskhah tersebut buat julung kalinya memerlukannya hanya duduk di rumah sahaja untuk merakamkan lagu itu sendiri.

"Sepanjang 20 tahun jadi penyanyi ni, inilah pertama kali rakam (lagu) kat rumah. Guna headphone punya mikrofon sahaja.

"Lepas tu rupanya baru tahu dalam phone rupanya boleh rakam, oh macam ni guna. Itu pengalaman paling mencabar nak rakam lagu ni," katanya ketika ditemu bual dalam program Gempak TV.

Dayang antara 26 artis tempatan yang terlibat dalam penghasilan muzik video lagu tribute Sentiasa Di Sini.

BACA: Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Noh Hujan Antara 26 Artis Berpadu Suara Jayakan Lagu 'Sentiasa Di Sini', Memang Gempak!

Lagu yang diterbitkan oleh Astro Gempak itu menampilkan Noh Salleh dan AG Coco selaku penulis lirik dan komposer.

BACA: Capai 2 Juta Tontonan Dalam 7 Hari, Muzik Video Lagu Tribute 'Sentiasa Di Sini' Memang Padu!



Jadi, apa kata jom sama-sama kita layan lagu Sentiasa Di Sini yang didedikasikan khas buat kita semua rakyat Malaysia yang sentiasa cekal dalam berdepan cabaran melawan penularan wabak Covid-19.



Dalam pada itu, jangan lupa saksikan Gempak TV setiap Rabu pukul 9.30 malam di saluran Astro Ria.

Dikendalikan pengacara, Isha Norsham dan Daniel O’Niel, Gempak TV juga boleh ditonton secara live streaming menerusi www.gempak.com.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!