Balu pemain dram kumpulan Search Allahyarham Yazit Ahmad, Ramlah Ahmad, bersyukur apabila menerima tajaan mengerjakan umrah daripada In Saff Travel & Tour Sdn Bhd.
Ramlah berkata, arwah suaminya pernah menyuarakan keinginan untuk mengerjakan ibadah itu awal tahun ini.
"Saya menasihati arwah jaga kesihatan supaya kami dapat bersama-sama ke sana. Tetapi apakan daya, ia tidak kesampaian.
Sepatutnya arwah yang mengerjakan umrah tetapi impiannya tidak menjadi kenyataan. Apabila tiba di sana (Makkah), saya akan mengirimkan doa buatnya.
Menurutnya, dia akan berbincang dengan tiga anaknya berusia 28 hingga 38 tahun untuk ke Tanah Suci tahun depan.
Ramlah ditemui ketika majlis sidang media Show Kenang Jasa Insan Seni Allahyarham Yazit Ahmad di i-Cafe Bikerstation, Sungai Buloh, pada petang Rabu.
Allahyarham Yazit Ahmad yang meninggal dunia pada 26 September lalu.
Sementara itu pengurus majlis, Datuk Rosli Buang berkata, program yang akan dianjurkan 25 Oktober ini bertujuan mengenang jasa arwah selama 40 tahun dalam industri seni tanah air.
Katanya, pihaknya bercadang menumbangkan seekor lembu untuk diadakan kenduri dan majlis tahlil bersempena penganjurannya.
"Kami amat mengharapkan sokongan melalui jualan 100 meja (tetamu) berharga RM350 setiap satu. Bagi setiap meja ia boleh diduduki 10 individu," katanya.
Menurutnya, program bermula 8.30 malam hingga 12 tengah malam bakal menyaksikan artis legenda mengadakan persembahan seperti Man Kidal, Oma Akira, Burnmark, Datuk Nash, Zul Handyblack, Assalam Band dan Rampage. Mereka juga menjemput Amy Search dan Datuk Awie.
Rosli yang juga bekas pengurus persembahan arwah memberitahu, jumlah sumbangan akan digunakan membiayai kos penganjuran dan disalurkan kepada keluarga arwah.
Sumber: Harian Metro
Foto: IG Amy Search & Harian Metro
Fiza Kamarudin
Thu Oct 17 2019
The Hardest Singing Show | PROMO
Korang dah bersedia untuk menyaksikan sebuah program terbaru Astro? Jom kita sama-sama nantikan!
#thehardestsingingshow #thehardest #luarlimitasi #THSS
#thehardestsingingshow #thehardest #luarlimitasi #THSS
Nahas Helikopter Lumut: Hajat Naik Helikopter Tercapai, Namun Berakhir Tragedi
Salah seorang waris mangsa nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Lumut mendedahkan anak saudaranya memang berhajat untuk menaiki helikopter sebelum pencen.
Tak Tuntut Nafkah, Adira Suhaimi Faham Keadaan Datuk Red - “Saya Tak Nak Susahkan Dia Yang Tengah Down”
Keputusan penyanyi Adira Suhaimi tidak menuntut sebarang nafkah daripada bekas suaminya yang juga usahawan Datuk Red atau Datuk Seri Adnan Abu atas kehendaknya sendiri.
Ayah Back-Up Anak Makan Gulai Kaki Ayam Satu Mangkuk - “Janganlah Risau”
Bapa kepada kanak-kanak yang dikenali sebagai Bang Aji itu memberi ulasan dan mempertahankan selera anaknya
Sertai Kemeriahan 'Hello Nu Sentral' Bersama Nikki Palikat, Afif Tarmizi, Liza Hanim, Nadeera Zaini & Ramai Lagi!
Lock janji temu kita pada 27 April 2024, bermula 2 hingga 6.30 petang di Aras 2, MPH Bookstore, NU Sentral Shopping Mall, Kuala Lumpur.
Doa Di Tanah Suci Makbul, Adira Suhaimi Syukur Datuk Red Lembut Hati Untuk Bercerai - “Saya Memang Banyak Berdoa…”
Penyanyi Adira Suhaimi meluahkan rasa syukur apabila bekas suaminya yang juga usahawan Datuk Red atau Adnan Abu akhirnya berlembut hati untuk melepaskannya.
Datuk Red Diam Membisu, Kaki Lemah Tak Daya Nak Jalan Selepas Sah Cerai
Bekas suami kepada penyanyi, Adira Suhaimi iaitu Datuk Red enggan memberikan sebarang kenyataan selepas sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, pada pagi Rabu.
Adira Tenang, Datuk Red Tunduk Sayu Lafaz Cerai Talak Satu
Rumah tangga penyanyi Adira Suhaimi dengan usahawan Datuk Red berakhir perceraian dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, pada pagi Rabu.
Adira Suhaimi Tetap Tenang Biarpun Rumah Tangga Dengan Datuk Red Bakal Berakhir - “Keputusan Saya Tetap Sama”
Rumah tangga bakal berakhir, penyanyi Adira kelihatan tenang apabila tiba di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat bersama peguam syarie, Nor Saidah Zakaria untuk lafaz perceraian pada pagi, Rabu.
Ippo Hafiz Minta Kakak Tak Campur Urusan Rumah Tangga - “Dia Mungkin Tak Tahu Masalah Luar Dalam…”
Harap selesai dengan baik.