Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Sepatutnya Bertolak Dalam Dua Minggu Ini Tapi..." - Giliran Caprice Ke Gaza Tertunda

Asraf Aided
13/06/2021 04:09 MYT
Selepas pendakwah kesayangan ramai, Ustaz Ebit Lew menjalankan misi kemanusiaan ke Gaza, Palestin, rapper dan usahawan Caprice pula bakal ke sana untuk tujuan sama.

Menurut Caprice, dia juga telah dijemput ke negara berkenaan namun terpaksa menangguhkan perjalanan disebabkan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) sehingga 28 Jun ini.

"Alhamdulilah, saya sendiri telah dijemput untuk ke Gaza, sepatutnya kami bertolak dalam tempoh dua minggu ini, namun selepas kerajaan mengumumkan PKP 3.0 dilanjutkan sehingga 28 Jun, kemungkinan kita akan bertolak hujung bulan ini.

"Saya tak sabar mahu ke sana, terutamanya selepas Instagram Live saya sebelum ini, banyak perkongsian dan networking dengan orang di Palestin dan Israel," katanya seperti dilaporkan AWANI.

Meskipun menyedari isu keganasan di Palestin seakan tidak berakhir, namum Caprice gembira dengan tanda sokongan dan solidariti yang dipamerkan masyarakat dunia terutamanya menerusi platform media sosial.

"Saya bersyukur, sejak kita ada aplikasi media sosial, kesedaran mengenai Palestin telah meningkat.

"Perjuangan ini sudah lama dan berpanjangan, ia akan memakan masa yang panjang untuk diselesaikan," katanya lagi.

Semalam, Ebit Lew muncul mengemas kini entri di akaun Instagramnya selepas dua minggu tidak berkongsi perkembangan.

Pendakwah itu memohon orang ramai mendoakan keadaannya di negara tersebut.

Ebit juga memaklumkan perkara sama kepada Caprice ketika mereka berhubung menerusi WhatsApp seperti yang dilaporkan AWANI pada Sabtu.

BACA: Terlerai Resah! Ebit Lew Akhirnya Muncul Semula Di Media Sosial Selepas 2 Minggu 'Hilang'
#Caprice #Palestin #Ebit Lew #Gaza
;