Laman Utama
“Sepatutnya Buka Hari Ini…”- Cafe Amaris Dipecah Masuk
Pelakon Putra Amaris reda apabila kedai Amaris My Tart cawangan ketiga miliknya telah dipecah masuk oleh perompak pagi semalam.
Lebih menyedihkan kata Amaris sepatutnya semalam merupakan hari pertama pembukaan cawangan tersebut namun tak sangka dia ditimpa ujian tersebut.
“Allahhuakbar...cafe kena pecah masuk pagi tadi, (semalam) Allah hadiahkan kami ujian, kami berserah dan terima.
“Sepatutnya buka hari ni, tapi hari ni pula kena pecah masuk. InsyaAllah minta doakan semua dipermudahkan,” katanya.
Amaris berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut Amaris memuat naik rakaman video kedainya yang sedang diperiksa pihak polis selepas kejadian tersebut.
Dalam laporan sebuah media, Amaris memberitahu kerugian masih belum diketahui, namun anggaran duit lesap daripada peti simpanan tidak lebih daripada RM1,000, manakala kos kerugian lain seperti kerosakan sistem di kedai itu.
Must-Watch Video