Kita mungkin sering melihat kesilapan ejaan yang pernah terjadi di sekeliling kita, sama ada menerusi medium cetak mahupun elektronik.

Apa yang pasti, kesalahan itu bukanlah satu hal yang disengajakan.

Cuma, yang menggusarkan sekiranya perkataan yang dieja salah itu boleh membawa maksud yang berbeza.

Perkara itu turut berlaku menerusi satu program televisyen Singapura yang menampilkan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob baru-baru ini.

Menurut Fazley, pada awalnya, dia sendiri tidak menyedari akan kesilapan pada sari kata yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.

Hal tersebut hanya mendapat perhatiannya selepas telefon dan media sosialnya dipenuhi mesej peribadi daripada penonton yang mengirimkan paparan sedutan siaran program tersebut.

Perkataan asal yang sepatutnya di tulis 'cake' (kek) menjadi 'c*ck' yang bermaksud alat kemaluan lelaki.

"Sesuatu yang mengejutkan berlaku pada episod akhir, ia merupakan ralat kesilapan ejaan. Sepatutnya perkataan tersebut CAKE tetapi ditulis...seperti yang anda tengok di atas!

"Kesilapan terjadi, saya okey sahaja. Kemungkinan individu yang bertanggungjawab itu tidak menyedarinya sehingga ia disiarkan. Saya yakin hal sebegini banyak berlaku pada kita," tulisnya dalam satu posting di Instagram.

Dalam posting tersebut, Fazley turut memuat naik paparan terjemahan yang dikirimkan peminatnya itu.

Wow, my phone and my social media went crazy last night with screenshots like the one above. I’m the resident judge for a popular baking show in #Singapore called #KekChampion with fellow judge Chef @zanstreats. Something rather amusing happened during yesterday’s final episode. It was a dangerous on-screen #Typo error. The word was supposed to be “CAKE” but it came out as ... as you can see above! Oh well, mistakes happen, I’m all good! Lets all move on and give the translator a break. Probably the person in charge did not realise it until it was on air. It has happened to many of us im sure! Anyhow, congrats to my season 2 champion! Well deserve win @mmuzs ! . Terima kasih semua yang sudi DM saya berkenaan #Typobahaya on TV semalam, memang bahaya tapi lucu pun ada, masing2 mungkin stress dengan tugasan ketika #Pkp #Mco kan? ?

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on


Begitupun, katanya dia mengakui ia merupakan satu kesilapan yang bahaya namun, mencuit hatinya.

"Terima kasih semua yang sudi DM saya berkenaan #typobahaya di televisyen semalam. Memang bahaya, tapi lucu pun ada, masing-masing mungkin stres dengan tugasan ketika Perintah Kawalan Pergerakan kan," jelasnya.

Sementara itu, rata-rata pengikutnya mengakuit turut terhibur dengan ralat yang berlaku pada sari kata tersebut.

"Astaghfirullah, buat malulah, tapi tak apalah tengah stres dengan MCO kot.

"Maaf saya tergelak. Mungkin ini lawak paling epik tahun ini," tulis sebahagian komen dalam kalangan netizen.

Saksikan program yang menampilkan Fazley Yaakob di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!