Laman Utama

“Sepatutnya Jaga Hati Isteri…” - Bella Astillah Kesal Aliff Aziz Seperti Nak Berhubung Lagi Dengan Sophia Albarakbah

gempak
Asyikin Mayudin
10/10/2023
23:50 MYT
Sponsor Banner
“Sepatutnya Jaga Hati Isteri…” - Bella Astillah Kesal Aliff Aziz Seperti Nak Berhubung Lagi Dengan Sophia Albarakbah
Kenyataan penyanyi Aliff Aziz yang mengatakan dia masih belum berhubung dengan aktres Sophia Albarakbah mengundang rasa kurang senang isterinya iaitu aktres Bella Astillah.
Bella menerusi Instastory turut memuat naik video temu bual Aliff bersama Hlive dengan kapsyen mempersoalkan kenyataan suaminya yang seakan-akan mahu menghubungi Sophia.
“Belum berhubung lagi? Kenapa akan berhubung ke?” soal Bella.
Pada perkongsian yang sama, Bella turut meluahkan rasa kecewa apabila suaminya seperti mahu menjaga hati pihak lain berbanding isterinya sendiri.
“Kenapa harus jaga hati pihak sana bukan ke sepatutnya jaga hati isteri jauh lebih penting,” luah Bella.
Terdahulu, Bella Astillah mendakwa Sophiamemberi kenyataan palsu mengenai kehadirannya di minggu ketiga konsert All Stars Gegar Vaganza pada Ahad lalu.
Bella menerusi hantaran di Instastory turut mendedahkan Sophia hanya beredar dari dewan MBSA sebaik sahaja persembahan Aliff selesai selain mendedahkan nama aktres itu tidak ada dalam senarai tetamu.
BACA SINI: “Dia Dah Biasa Putar Belit” - Bella Astillah Dakwa Sophia Albarakbah Tipu, Tunggu Aliff Aziz Perform...
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024